Telah ditunjukkan kepadanya mukjizat-mukjizat dari nabi Allah Nabi Musa,Isa dan lainnya tetapi mereka tetap tidak mengakui tentang kebenaran ajaran yang dibawa malahan Nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka seperti Zakaria dan Yahya telah mereka bunuh dan mereka juga cuba untuk membunuh Nabi Isa.
Bani Israil adalah keturunan Yahudi yang berasal daripada anak-anak nabi Yaakub a.s seramai 12 orang yang dikenali sebagai Al-Asbaath iaitu Rubin, Lawi, Yahuza, Zabulun, Yasakar,Jad,Ashir, Naftali, Yusof a.s dan Bunyamin.Sebahagian diantara mereka ada yang diangkat menjadi Nabi Seperti Nabi Yusof a.s.
Sebenarnya terdapat ramai Rasul-rasul yang diutuskan kepada Kaum Bani Israel seperti Nabi Yusof, Nabi Musa,Nabi Harun,Nabi Daud,Nabi Sulaiman,Nabi Ilyas,Nabi Yunus,Nabi Zakaria,Nabi Yahya dan Nabi Isa tetapi mereka tetap tidak menerima ajaran yang yang disampaikan malahan mereka turut menfitnah Nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka.
Pada hari ini, Kaum ini dengan angkuhnya telah banyak membuat kerosakan dibumi palestin, dimana bumi yang suci bagi umat islam.mereka telah banyak membunuh penduduk-penduduk Palestin yang tidak berdosa dan persoalannya kenapa ?.
Pada 14 Mei 1948, adalah satu tarikh dimana penubuhan Israel,dimana kemuncak cita-cita kaum Yahudi dengan berjayanya membina sebuah negara melalui pelbagai rundingan dan episod peperangan.Sesungguhnya golongan Bani Israel ini adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah s.w.t satu ketika dahulu yang kebanyakan mereka memiliki kebijaksaan dan kelebihan yang tidak diberikan kepada kaum lain.Ini jelas dimana kebanyakkan Nabi dan Rasul diturunkan melalui keturunan mereka,malah nabi Isa sendiri adalah termasuk daripada keturunan Bani Israel.
Dengan kemuliaan yang diberikan kepada mereka,golongan ini menjadi sombong dan bongkak serta memandang hina kepada kaum lain dan apa yang berlaku mereka suka bunuh membunuh dan mencetuskan pelbagai kezaliman yang tak sudah-sudah terhadap rakyat Palestin dan Labenon.
Kenapa Israel bertindak kejam keatas Rakyat Palestin ?, persoalannya disini.
seperti yang diketahui, Tanah Palestin adalah tanah yang suci bagi umat islam ini kerana disitu terletaknya Masjidi Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia didunia ini selepas Masjidilharam dan Masjid Nabawi,sementara bagi penganut Yahudi pula Tanah tersebut adalah tanah tersebut adalah tanah yang dijanjikan Tuhan kepada mereka, disitulah tanah nenek moyang mereka dari Kaum Bani Israel dan mereka percaya disitulah terletaknya Bukit Zion dan mereka percaya disitulah tertanamnya Temple of Solomon.
Atas sebab itulah tanah tersebut sentiasa menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi.
Seperti yang diketahui dalam Al-Qu'ran,bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut.
Selepas kewafatan Nabi Musa berlakulah kisah Talut dan Jalut seperti mana yang diceritakan didalam Al-Quran Melalui surah Al-Baqarah, Tanah Palestin telah diperintah oleh Jalut dan telah dirampas kembali oleh Talut dan pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud,seterusnya Nabi Sulaiman dan Palestin dimiliki oleh Bani Israel sehinggakan 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.
Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.
Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom.Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian.Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi.Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.
Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi.Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.
Selepas Palestin menjadi milik Islam Kerajaan Rom telah menjalani Kristianisasi dan menjalani pelbagai perubahan dan sejak dari 1000 Masihi tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha untuk menawan kembali palestin dan Pada Tahun 1063, Pope Alexander II mengarahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin.
Maka tercetuslah perang Salib dan pada tahun 1099 tentera Salib berjaya menawan Palestin dan setelah itu keadaan berlanjutan sehinggakan hampir 200 tahun sebelum lahirnya seorang pemimpin agung yang dikenali sebagai Salahuddin Al-Ayyubi.
Salahuddin Al-Ayyubi telah menyatukan masyarakat arab yang pada masa itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran seterusnya membawa tentera islam menyerang kembali Palestin dan akhirnya pada tahun 1187 ibu negara palestin berjaya ditawan dan pada tahun 1291 kubu tentera salib berjaya dimusnahkan.
sejak daripada itu Tanah suci Palestin berada dibawah pemerintahan Islam dan penduduk asal Palestin iaitu Yahudi dibenarkan pulang dan sejak daripada itu kerajaan Islam berkembang luas sehinggalah ke era pemerintahan Turki Uthamaniyyah, dimana pada Zaman Turki Uthmaniyyah ia mengalami kejatuhan pada abad ke-19 dimana prosos modenisasi berlaku dan empayar islam semakin lemah dan dibawah kekuasaan barat.
Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama. Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar iaitu Pakatan Bertiga Britain,Perancis,Rusia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary.Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.
Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain.Kerajaan Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan Sudan manakala negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis.Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan kawasan utara kerajaan Islam.
Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab dan akhirnya Pejuang kebangsaan/nasionalisme Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah dan pemerintah Arab pada masa itu Emir Faisal I telah berpaling tadah dan memihak pada pihak Britain maka selepas itu Kerajaan Arab menjadi tali barut Britain dan Britain menduduki kawasan Iraq dan akhirnya pada tahun 1917 Britain menduduki Palestin dan perang salib berakhir.
selepas itu penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 penduduk sebelum itu kepada mencecah setengah juta penduduk, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta dan Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.
Setalah berakhirnya perang dunia pertama British membenarkan Kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin dan pada tahun 1919 Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.
selepas itu keadaan berterusan sehinggalah lahirnya seorang pemerintah Jerman iaitu Adolf Hitler dan tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab dan Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4.Pelan ini merencanakan pembunuhan Euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan hampir seramai 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.
Setelah Holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Harry Truman.
Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lalu pemisahan Palestin dideklarasikan dan pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB.
Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini dan Presiden Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann.
Dipetik daripada sumber-sumber di internet
Nabi Muhammad saw ialah baginda,bukannya beliau.
ReplyDeleteSyukran for sharing
ReplyDelete