RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Wednesday, 28 November 2012

Debat isu perlekehkan islam di dewan rakyat

Sesi Dewan Rakyat yang agak suram semalam, kembali 'bernyawa' apabila Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) membangkitkan isu individu dan parti yang memperlekehkan Islam. 

Isu itu tercetus sebaik Datuk Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) mendakwa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak menjalankan tanggungjawab memberi dakwah kepada umat Islam di negara ini, sebaliknya sibuk berpolitik dengan puncanya kerana pimpinan badan dakwah itu dilantik atas kapasiti politik. 



Ia menimbulkan perasaan tidak puas hati Tajuddin yang lantas mempersoal kewibawaan pemimpin parti pembangkang terutama yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi tidak berbuat sesuatu untuk menyatukan umat Islam, malah sanggup mendoakan kehancuranumat Islam dan parti lain. 


Suasana tegang 

Suasana agak tegang itu ditenangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim yang menjelaskan, ruang diberikan kepada individu dan pemimpin parti untuk bertaubat dan bermuhasabah dan ia adalah pendekatan dakwah kerajaan daripada mengambil tindakan drastik yang tidak menguntungkan sesiapa. 

“Ini dakwah kerajaan... kita beri ruang untuk (mereka) taubat dan muhasabah diri. Agama adalah cara hidup, bukan sekadar perundangan, tetapi menunjukkan akhlak yang baik. Ini adalah tindakan dakwah untuk mereka kembali ke jalan benar,” katanya. 

Terdahulu ketika menjawab soalan Taib mengenai pemantauan pihak berkuasa agama terhadap aktiviti dan dakwah dilaksana badan agama bukan kerajaan (NGO) di negara ini, Mashitah berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjalin kerjasama dengan semua pihak. 
“JAKIM ambil pendekatan tidak bergerak bersendirian kerana kerja dakwah adalah kerja jemaah. NGO Islam entiti penting kerana mereka punya ahli yang ikhlas, dedikasi dan komited dengan usaha dakwah serta islah. Mereka perlu diajak berada dalam saf sama supaya usaha dapat memberi impak lebih berkualiti,” katanya.

Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...