KUALA LUMPUR - Majlis Fatwa Kebangsaan yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam dicadang membuat satu resolusi berhubung kenyataan seorang anggota pembangkang terhadap isu kebebasan beragama.
Naib Ketua Wanita Umno Cheras, Zurainah Musa berkata, ketetapan itu penting untuk mengelak isu sensitif seumpama itu dibangkitkan lagi.
"Wanita Umno bimbang dengan kewujudan kumpulan tertentu yang menyentuh sensitiviti agama Islam sehingga boleh mengelirukan fahaman dan menjejaskan
akidah umat Islam," katanya ketika membahas usul pendidikan, agama dan sosial pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno 2012 di sini, hari ini.
akidah umat Islam," katanya ketika membahas usul pendidikan, agama dan sosial pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno 2012 di sini, hari ini.
Beliau turut menyarankan pembangkang supaya mendalami ilmu agama sebelum membuat sebarang kenyataan mahupun pandangan mengenai perkara itu bagi mengelak kekeliruan.
Menyentuh kepentingan menguasai bidang kemahiran dalam persaingan mendapatkan kerja, Zurainah turut mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran
memperluas pendidikan vokasional dengan mewujudkan lebih banyak bidang baru.d
memperluas pendidikan vokasional dengan mewujudkan lebih banyak bidang baru.d
"Justeru, Wanita Umno mencadangkan penubuhan lebih banyak kolej vokasional bagi memastikan modal insan yang dijana melalui sistem ini dapat diterima dan
terus bekerja dengan industri berkaitan," katanya.
terus bekerja dengan industri berkaitan," katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita Jelebu Zuraidah Mohd Zin ketika membahas usul ucapan dasar ketua wanita, mencadangkan pendekatan sistematik, kreatif serta
penggunaan teknologi maklumat diaplikasi dengan lebih meluas untuk mendekati pengundi khususnya generasi muda.
penggunaan teknologi maklumat diaplikasi dengan lebih meluas untuk mendekati pengundi khususnya generasi muda.
Beliau berkata tidak dinafikan pergerakan itu mempunyai 'taring' tersendiri dalam menambat hati pengundi, namun perubahan lanskap politik menuntut keperluan anjakan paradigma dalam membantu parti mencapai kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.
"Sebagai sayap parti, tentunya Wanita mempunyai peranan besar, namun Wanita Umno tidak boleh berjuang dengan slogan indah sahaja, tetapi perlu
membuat anjakan kepada cara kita bekerja, tambahan pula tuntutan anggota parti semakin tinggi dan besar," katanya.
membuat anjakan kepada cara kita bekerja, tambahan pula tuntutan anggota parti semakin tinggi dan besar," katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita Bahagian Kulai Noraini Zakaria yang membahaskan usul ekonomi mahu kaum wanita diberi lebih banyak jawatan di peringkat tinggi dalam sektor ekonomi.
Wanita juga mempunyai kemampuan setanding dengan kaum lelaki untuk berjaya dalam bidang perniagaan sekali gus membantu memajukan ekonomi negara, katanya.
Beliau berkata kejayaan wanita di sektor ekonomi perlu seiring dengan pencapaian cemerlang mereka dalam perkhidmatan awam.
"Tidak dinafikan kaum lelaki banyak melakar kejayaan dalam bidang perniagaan terutama dalam bidang pelaburan hartanah, banyak daripada mereka telah kaya raya, sedangkan wanita masih jauh ketinggalan.
"Saya ingin mencadangkan agar kerajaan mengambil kira perkara ini. Kaum wanita harus diberi peluang dalam sektor ekonomi dan bukannya dipandang rendah oleh semua orang yang menganggap kaum wanita merupakan kaum yang lemah," katanya. - SINAR HARIAN

http://ysmcdn.com/share/my/2450/3004912
No comments:
Post a Comment