RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Sunday, 25 November 2012

Iskandar Zulkarnain adakah tokoh yang sama

Zulkarnain secara halfiahnya bermaksud "dialah yang bertanduk dua", merupakan satu tokoh yang disebutkan didalam Al-Quran didalam surah Al-Kahfi, yang menyatakan beliau sebagai seorang pemerintah yang hebat dan adil serta dikurniakan Allah SWT sebagai seorang yang pintar dan pelbagai ilmu pengetahuan seperti ilmu peperangan, ilmu politik, ilmu teknik dan ilmu kimia.

Persoalannya siapakah Iskandar dan siapakah Zulkarnain yang disebut didalam Al-Quran, banyak taksiran yang dibuat pada hari ini tentang Zulkarnain, mengikut taksiran Ibn Kathir 
" Sesetangah mereka memangilnya Zulkarnain kerana dia mencapai dua tanduk batas Matahari timur dan barat tempat dimana terbit dan terbenam".



Tambahan pula nama Zulkarnain bila diterjemahkan menjadi " Dia menjadi berketurunan dua ", " Dia yang hidup dua keturunan ", Dia memiliki dua kerajaan ", " Pemerintah dua kerajaan ", sebenarnya banyak taksiran dibuat dan mempunyai maksud yang berbeza, tetapi yang pasti nama beliau disebut didalam Al-Quran.

Berikut adalah taksiran dari surah Al-Kahfi :


83 Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya.

84 Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

85 Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

86 Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka.

87 Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

88 Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.

89 Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.

90 Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

91 Demikianlah halnya dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.

92 kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.

93 Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

94 Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka.

95 Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

96 Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalahtembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.

97 Maka, mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

98 (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.



Persoalan tentang Zulkarnain tercatat dalam sirah nabawiyah (sejarah Nabi) dan tertulis dalam sirah Ibnu Ishaq yang menceritakan bahawa musyrikin Makkah meminta bantuan Yahudi Khaibar untuk mencari kelemahan Nabi Muhammad S.A.W. Ketika Nadr mengatakan hal tersebut kepada mereka, mereka mengirim dia dan Uqbah bin Abu Muit kepada rabai Yahudi di Madinah. Untuk membuktikan kenabian, rabai tersebut akan menanyakan tiga soalan yang sekiranya dijawab dengan betul, maka itu membuktikan akan baginda seorang nabi dan begitu juga sebaliknya. Persoalan yang ditanyakan ialah:
  1. Tentang beberapa anak muda di zaman dahulu yang ceritanya amat pelik dan menakjubkan.
  2. Tentang seorang lelaki yang merupakan pengembara hebat yang telah sampai ke timur dan barat.
  3. Tentang Roh.
Baginda Muhammad s.a.w. meminta masa untuk menjawabnya dan selepas diturunkan wahyu, semuanya telah terjawab melalui Surah Al-Kahfi.

Siapakah Iskandar ?, mengikut kajian daripada ilmuan dan sarjana Islam seperti Seyyed Ahmad Khan ( pentaksif Quran terkenal ), beliau berpendapat bahawa Iskandar dan Zulkarnain adalah bukan orang yang sama ini kerana Zulkarnain membawa ajaran Nabi Ibrahim sedangkan Iskandar mempunyai dewa dewi.

Didalam Al-Quran tercatat perjalanan Zulkarnain iaitu bermula dibarat lalu ke timur sebelum keutara serta menurut Al-Quran manakala Iskandar masih dalam misi pernaklukannya ketika ia mati malahan keperibadian Iskandar tidak seperti dikatakan mulia seperti Zulkarnain, ini kerana Iskandar sering berpesta arak dan menyukai seorang lelaki sebagai kekasihnya.

Dengan ini dapat terbukti yang Zulkarnain yang disebut didalam Al-Quran berbeza dengan Iskandar yang dikaitkan dengan negara barat sebagai Alexander The Great.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...