RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Wednesday, 28 November 2012

Pembikin filem anti-Islam tidak menyesal hina nabi



NEW YORK - Seorang penganut Kristian Koptik kelahiran Mesir yang menghasilkan filem anti-Islam dan mencetuskan protes di seluruh dunia Islam menyatakan dia tidak menyesal menghina Nabi Muhammad SAW, menurut satu temu ramahnya dengan akhbar New York Times.
Dalam komen umum pertama sejak filem berdurasi selama 14 minit bertajuk Innocence of Muslimsmencetuskan kemarahan pada September lalu, penganut Kristian tersebut, Mark Basseley Youssef memberitahu New York Times, dia mahu mendedahkan apa yang digelarnya 'kebenaran sebenar' dan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan yang dilakukan atas nama Tuhan.
Filem itu turut menyentuh tentang sentimen anti-Amerika di negara Arab dan dunia Islam.

Youssef menjelaskan punca di sebalik pembikinan filem tersebut adalah kerana kekejaman penganut Islam itu sendiri.
Ia dihasilkan selepas insiden seorang lelaki Islam membunuh 13 orang di Fort Hood, Texas pada 2009.
Kejadian itu menyebabkan dia berasa semakin marah.
Temu ramah itu dijalankan secara bertulis menerusi peguamnya.
"Saya fikir, sebelum skrip filem itu ditulis, saya patut membakar diri sendiri di tengah-tengah orang ramai supaya rakyat Amerika dan dunia tahu mesej yang ingin saya sampaikan," kata Youssef.
Youssef yang turut dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakoula dikenakan hukuman penjara selama setahun kerana melanggar peraturan pembebasannya dari penjara atas kesalahan menipu bank. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...