RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Wednesday, 5 December 2012

Kanak-kanak 12 Tahun dirogol abang


Noor Mushar Mohamad
Noor Mushar Mohamad
SABAK BERNAM - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun terpaksa melalui detik hitam dipercayai dirogol abang kandungnya  berusia 14 tahun ketika masih tinggal serumah, pertengahan tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, ibu bapa mereka dalam proses perceraian dan mangsa anak kedua daripada lima beradik menetap bersama ibunya di Sabak Bernam.

"Mangsa menyembunyikan perkara tersebut kerana bimbang sikap ayahnya yang panas baran.


"Hanya selepas ibu dan bapanya duduk berasingan, mangsa berani mendedahkan kejadian itu kepada ibunya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Menurut Noor Mushar, sejurus pendedahan dilakukan, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam, kira-kira jam 3 petang, Jumaat lalu.

"Berikutan itu, polis berjaya menahan suspek di rumah ayahnya dekat Sekinchan, sekitar jam 3 petang, keesokannya.

"Suspek bawah umur itu dipercayai melakukan perkara terkutuk berkenaan ketika ibu dan bapa tiada di rumah atas urusan kerja," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang sebelum ini kanak-kanak periang dipercayai mengalami kemurungan selepas kejadian berkenaan.

"Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan suspek adalah anak sulung dan sepatutnya menjadi contoh serta pelindung kepada mangsa," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...