Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengarahkan pihak berkuasa tempatan menanggalkan kamera sistem penguakuasa Automatik (AES) jika dipasang di negeri itu tanpa kebenaran kerajaan negeri.
Beliau juga meminta kerjasama dari pengguna kenderaan agar memaklumkan kepada PBT jika melihat kamera AES dipasang di sekitar negeri itu dan menurut beliau Kerajaan Negeri bersedia menghadapi tindakan mahkamah jika terdapat sebarang pertikaian dalam hal ini.
Lim Guan Eng berkata Kerajaan Negeri awalnya tidak menentang usaha mematuhi peraturan jalan raya bagaimanapun perkara itu tidak dipersetujui berikutan had laju yang ditetapkan adalah tidak selaras dengan keadaan semasa.
Menurutnya dengan kelajuan 50 atau 60Km, sudah tentu menyusahkan pengguna jalan raya dan lebih baik pengguna jalan raya turun dan tolak kereta dan sepatutnya penguatkuasaan tidak diberikan kepada pihak swasta,sepatutnya diletakkan dibawah kerajaan negeri.tentulah lebih banyak saman yang akan dikeluarkan oleh pihak swasta kerana mereka akan mendapat komisyen bagi setiap saman yang dikeluarkan.
Sumber Sinar Harian 1 Disember
No comments:
Post a Comment