Orang ramai khasnya belia yang berada di Kuala Terengganu yang masih lagi mencari peluang pekerjaan dan juga bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat untuk menyertai program-program latihan ataupun mendapatkan khidmat nasihat, bimbingan keusahawanan serta kemudahan pinjaman bagi mereka yang berminat membuka perniagaan sendiri dijemput ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu pada 22 dan 23 Feb semperna program BN Yount Job Fair 2013.
Terdapat 80 syarikat termasuk agensi kerajaan dan pusat latihan menyertai program ini dengan anggaran sebanyak 20,000 belia serta orang ramai akan hadir ke program yang berlangsung selama dua hari ini.
Antara Agenci kerajaan dan juga syarikat yang terlibat adalah Kementerian Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, UMW Holding Berhad, Celcom Axiata Berhad, MYeG Services Berhad, Bernas Malaysia Redtone serta Bank Islam.
“Kami menganggarkan sambutan belia menggalakkan kerana penyertaan
syarikat-syarikat gergasi Malaysia dalam karnival ini yang diadakan
bersempena program Karnival Janji Ditepati,” katanya dalam satu
kenyataan, semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan karnival tersebut, Sabtu ini.
Nazir berkata, karnival bermula jam 10 pagi hingga 6 petang itu akan
melibatkan pelbagai program menarik untuk memastikan ia mencapai
matlamat untuk manfaat belia, agensi dan syarikat yang menyertainya.
"Kami yakin belia akan mendapat manfaat melalui maklumat dan
pengetahuan berkenaan inisiatif-inisiatif kerajaan yang sentiasa
membantu golongan ini melalui agensi-agensi kerajaan yang turut serta
dalam karnival ini.
“Program ini bukan berteraskan politik, tetapi sebagai rasa
tanggungjawab untuk memastikan golongan belia mendapat peluang untuk
berjaya dalam apa pun bidang yang mereka mahu,” katanya.
Untuk mendapatkan maklumat penyertaan dan pekerjaan-pekerjaan yang ditawarkan, sila layari www.bnyouthjobfair.my
100 Koleksi Teka Teki Lawak Bodoh Kelakar
2 days ago
No comments:
Post a Comment