Selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan program BL1M pada 31 Januari tahun lepas bagi memudahkan golongan belia mendapat lesen motosikal B2 pada harga yang lebih murah iaitu RM199 berbanding harga asal RM350.
Permuda Umno akan melanjutkan tarikh tutup permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia sehingga 1 Mac depan. Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata sejak BL1M dilancarkan pihaknya telah memperoleh sebanyak 116,335 permohonan dan sasaran menjelang 1 mac depan, pihaknya menyasarkan untuk memperoleh sebanyak 150.00 permohonan.
Antara sebab dan maklum balas yang diperolehi antaranya cuti panjang, menunggu gaji pada akhir bulan serta kesesakan institusi kewangan. Dengan tempoh lanjutan itu, pihak Permuda Umno akan menambah 515 pusat pendaftaran BL1M dan akan menjadikan sebanyak 737 pusat pendaftaran di seluruh negara.
100 Koleksi Teka Teki Lawak Bodoh Kelakar
2 days ago
No comments:
Post a Comment