Tindakan seorang wanita berumur 31 tahun yang juga isteri kepada seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis yang berpangkat Sarjan Major mengundang padah.
Tertuduh Rosmalini Hussin yang masih berpantang melahirkan anak kelima ditahan dihadapan sebuah hotel di Jalan Raja Laut pada jam 8.05 malam dijatuhkan hukuman penjara dua bulan bermula dari tarikh beliau ditangkap pada 24 Februari lepas.
Beliau disakwa mengikut seksyen 372 (B) kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Rosmalini yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah
menjatuhkan hukuman ringan kerana dia hanya seorang suri rumah dan masih
dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sebulan yang lepas.
RENUNGAN
Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakan Blog
-
-
-
E-Operasi: Modul Pengurusan Guru KPM6 years ago
-
-
-
Bina Web / Minisite Online Biz....10 years ago
-
No comments:
Post a Comment