Pada tahun 1401, Kerajaan Singapura telah diserang oleh Kerajaan Majapahit dengan bantuan Bendahara yang belot iaitu Sang Rajuna Tapa,Akhirnya kerajaan Singapura telah mengalami kekelahan dan Parameswara bertindak melarikan diri bersama pengikutnya menuju ke pantai Barat Semenanjung Melayu bagi membuka negeri yang baru.
Menurut sejarah melayu yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Sebaik Parameswara tiba di Muar, beliau cuba untuk mendirikan pusat pemerintahannya di Muar tetapi gagal ekoran diganggu oleh biawak yang banyak.
Kemudiannya Parameswara berpindah dan mendirikan kubu pertahanannya di Batu Burok tetapi sekali lagi gagal apabila kubu pertahanan yang dibina tiba-tiba runtuh. Seterusnya Parameswara berpindah ke Sening Ujong dan beliau bertindak melantik seorang menteri untuk mewakili beliau disana dan kemudiannya beliau berpindah ke Sungai Bertam iaitu satu kawasan persisiran pantai.
Di Sungai Bertam,orang-orang Seletar iaitu penduduk tempatan telah menyambut baik kedatangan Parameswara dan telah meminta Parameswara menjadi raja dan pada masa yang sama Parameswara merasakan kedudukan tempat itu teramat stategik untuk dijadikan sebuah kerajaan kerana ia berhampiran dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang.
Antara faktor lain yang mendorong Parameswara adalah kerana bentuk muka buminya yang berbukit bukau yang boleh menjadi petunjuk kepada pelayar dan atas faktor itu ia akan memudahkan lagi bagi mengawal selat Melaka. selain dari itu kemudahan seperti bekalan air bersih juga serta kawasan tersebut mempunyai banyak pokok-pokok bakau dan api-api yang boleh dijadikan benteng semulajadi dari tiupan angin monsun di kawasan muara sungai.
Mengikut sejarah Melayu Melaka nama Melaka telah diambil dari sepohon pokok melaka dimana kisahnya bermula ketika Parameswara sedang berehat dibawah pokok melaka telah terjadi satu kejadian yang dianggap luar biasa apabila seekor pelanduk kecil dapat mengalahkan seekor anjing. Oleh kerana kejadian yang amat luar biasa itu Parameswara telah memilih untuk dijadikan sebuah kerajaan dengan nama Melaka.
Pada tahun 1409, Parameswara memeluk Islam dan pada masa itu Islam telah berkembang di Negeri Melaka dan Parameswara telah mengelarkan diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah dan Baginda telah berkahwin dengan Puteri Pasai.
Dalam tahun yang sama juga satu rombongan dari kerajaan China datang melawat ke Melaka yang diketui oleh Laksamana Cheng Ho yang dalam rangka lawatannya untuk menerokai dunia. Kemudiannya pada tahun 1411 Kerajaan Melaka telah membuat pelayaran ke China yang diketui oleh Baginda sendiri serta 540 pengiring untuk bertemu dengan Maharaja Ming Yung Lo. Dalam lawatan itu Maharaja Yong Lo telah mengiktiraf Baginda sebagai Raja Melaka yang sah.
Dizaman pemerintahan Baginda Kerajaan Melaka telah berkembang dengan pesat dan telah menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke 16. Melaka pada masa itu telah menjadi satu tempat perdagangan rempah terbesar dan berfungsi sebagai pintu masuk kepada perdagang untuk memasarkan rempah mereka.
Ia jelas melalui petikan dari Duarte Barbosa iaitu;
" Sesiapa yang menguasai Melaka, dapat menguasai perdagangan dunia "
Antara faktor-foktor yang meyumbang kepada kejayaan Melaka menjadi negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya yang terlindung dari ancaman angin monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut yang menjadikan ramai perdagang dari Arab, India China dan lain-lain berlindung di Melaka sehingga keadaan menjadi selamat untuk belayar semula.
Semasa pemerintahan Baginda, Orang-orang dari China ramai menetap di Melaka terutama di kawasan Bukit Cina yang di anggap kawasan yang menbawa tuah " feng shui kepada mereka di masa itu.
No comments:
Post a Comment