RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Wednesday, 19 December 2012

Tiada pergaduhan di Sg Petani-PDRM


SUNGAI PETANI — Polis di Kedah menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin dan berita palsu yang disebarkan dalam Facebook, Twitter dan blog ketika ini mengenai keadaan semasa di daerah ini.
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata tiada sebarang pergaduhan atau apa-apa insiden kematian atau bakar masjid yang berlaku di Sungai Petani.
Katanya apa yang tersebar melalui laman sosial dan blog semuanya palsu dan khabar yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Keadaan di Sungai Petani adalah aman dan tenteram serta terkawal,” katanya pada sidang media di sini lewat malam tadi
Sumber kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...