RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Tuesday, 18 December 2012

Lelaki mati dikelar




ANGGOTA polis menyiasat mayat Suntarambhal yang ditemui mati dikelar di dalam kereta miliknya di Desa Mentari, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Tanda-tanya seorang suami mengenai isterinya yang gagal dihubungi terjawab apabila wanita itu ditemui mati dibunuh di dalam kereta jenis Honda City miliknya di tepi jalan berdekatan kawasan perumahan Desa Mentari di sini semalam.

Mayat S. Suntarambhal, 33, ditemui dengan lehernya dikelar pada pukul 1.15 pagi oleh orang awam.
Mengimbau semula kejadian itu, suami mangsa yang ingin dikenali sebagai Durairaju, 36, berkata, sebelum kejadian, isterinya ada memberitahu ingin keluar ke kawasan berdekatan rumah kira-kira pukul 10 malam atas urusan perniagaan. Rumah mereka terletak di Taman Damai Perdana, Cheras.
Katanya, tidak lama kemudian, dia hairan apabila gagal menghubungi telefon bimbit isterinya sebelum membuat laporan di Balai Polis Damai Perdana pada pukul 4 pagi.
"Saya kemudian diarahkan pergi ke Balai Polis Sungai Way dan sebaik tiba saya terkejut apabila dimaklumkan isteri saya telah dibunuh," ceritanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur
Sumber Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...