RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Monday, 17 December 2012

Selekoh dan Cerun penyebab kemalangan di jln Mersing-Endau

kemalangan di kilometer 13 jalan mersing-endau

MERSING – Keadaan dan struktur jalan di Kilometer 13 hingga 22, Jalan Mersing-Endau yang banyak selekoh dan bercerun menjadi penyebab kemalangan kerap berlaku di lokasi berkenaan.


Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid berkata, sepanjang tahun ini, sebanyak tujuh kematian dicatatkan, manakala tiga mangsa dilaporkan cedera parah dan 31 individu tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan melibatkan 28 kenderaan di laluan itu.

“Laluan tersebut sangat berbahaya terutama bagi orang awam yang tidak biasa menggunakannya.
“Justeru, orang ramai disarankan supaya berhati-hati ketika memandu di kawasan berkenaan terutama dalam cuaca hujan sekarang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing, di sini, baru-baru ini.
Mohd Nor berkata, pihaknya sudah menulis surat kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia daerah Mersing untuk mencuci jalan yang mempunyai kesan minyak di kawasan berkenaan.

Tambahnya, pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) juga telah turun padang pada awal Disember lalu untuk membuat kajian di laluan berkenaan.
Selain itu, katanya, polis juga telah memasang papan tanda “Anda Sedang Diperhatikan” sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan pengguna lalu lintas memandu laju di kawasan terbabit.
“Pihak kami juga akan membawa masalah ini ke mesyuarat tindakan daerah untuk dikaji semula agar masalah ini dapat dikurangkan.

“Kami berpendapat sekiranya struktur jalan dibaiki dan diubahsuai, kes kemalangan di kawasan tersebut dapat dikawal,” katanya


Sumber Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...