SHAH ALAM – Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah kesal dengan kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan terhadap 188 permohonan pihaknya supaya menyita premis mesin judi haram di negeri ini sejak Januari sehingga November lepas.
Menurut Tun Hisan, pihaknya kesal dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh PBT termasuk mendakwa ‘tidak mempunyai kuasa’ untuk menyita premis judi haram tersebut.
Bagaimanapun, katanya, masyarakat akan menuding jari ke arah pihak polis apabila mendapati masih banyak premis judi haram beroperasi di negeri ini.
“Bagi tempoh Januari sehingga November lepas, kita telah melakukan sebanyak 7,809 serbuan ke atas premis mesin judi dan merampas 26,655 mesin judi.
“Berdasarkan jumlah itu, purata serbuan dijalankan adalah sebanyak 23 kali setiap hari melibatkan tangkapan seramai 2,045 orang,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2FjH4GLyw
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment