KUALA LUMPUR – Polis menahan 14 suspek bersama empat botol petrol, lima bilah parang, dua batang besi, empat batang rotan dan satu wayar kabel selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di Setapak semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, ACP Khairy Ahrasa berkata, 14 suspek lelaki yang berusia lingkungan 19 dan 30 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan.
Beliau berkata, dalam kejadian 3.30 pagi itu, unit rondaan bermotosikal polis terserempak dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di Jalan Ayer Panas, Setapak dan pemeriksaan mendapati mereka membawa empat botol petrol, sumbu serta pemetik api.
"Hasil siasatan mendapati dua lelaki itu cuba membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang bergaduh dengan mereka di sebuah restoran di kawasan tersebut.
"Berikutan itu, kita menahan 12 lelaki lagi di Taman Danau Kota di sini,” katanya di sini semalam.
Khairy berkata, siasatan awal mendapati 14 suspek itu dipercayai anggota kongsi gelap ”Geng 08” dan ”Geng 18” yang disyaki bergaduh kerana tidak berpuas hati antara satu sama lain
Sumber Kosmo
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz2FjFlBSnt
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment