KUALA LUMPUR — Seorang lelaki ditembak mati polis selepas cuba menyamun sebuah pusat internet bersama seorang lagi rakannya di Taman Len Seng dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam, suspek yang berumur 20-an bersama seorang rakannya dikatakan cuba menyamun premis tersebut sebelum ditembak seorang anggota polis yang kebetulan membuat risikan di kawasan itu.
"Kedua-dua suspek bersenjata parang masuk ke premis itu untuk menyamun.
Jeritan juruwang di premis tersebut didengari polis terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian malam tadi.
Beliau berkata suspek cuba melarikan diri bila menyedari kehadiran polis.
Anggota polis berkenaan menahan suspek sebelum seorang dari mereka cuba melawan dengan menggunakan parang.
"Anggota polis itu terpaksa melepaskan satu tembakan dan mengenai dada suspek manakala seorang lagi suspek sempat melarikan diri,” katanya sambil menambah menemui sedikit dadah pada suspek.
Beliau berkata suspek yang mati serta merta dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.
Sementara itu juruwang premis tersebut yang dikenali sebagai Winnie, 20, berkata suspek yang memakai topi masuk ke premis tersebut bersama seorang lagi rakan jenayahnya.
"Suspek pergi ke tempat saya (cashier) meminta wang sambil mengacukan parang, suspek menggeledah mesin juruwang yang kosong sebelum melarikan diri,” katanya kepada pemberita
Sumber Kosmo
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2FQpwlk1n
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment