SINGAPURA melakar sejarah baharu di pentas bola sepak Asia Tenggara apabila muncul pasukan pertama menjuarai Piala Suzuki AFF kali keempat.
Kejayaan itu hadir selepas Singapura menang dengan agregat 3-2 ke atas juara tiga kali, Thailand.
Biarpun tewas 0-1 pada aksi final kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok malam tadi, keputusan itu tidak menghalang Singapura untuk bergelar juara.
Ia berikutan kejayaan Singapura melakar kemenangan 3-1 ke atas Thailand pada aksi final pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura Rabu lalu.
Pada aksi malam tadi, Thailand bermula garang sebaik wisel permulaan dibunyikan.
Biarpun berjaya mendominasi perlawanan, Thailand gagal memanfaatkan beberapa peluang terbaik untuk merobek gawang Singapura termasuk percubaan Jakkaphan Kaewprom yang sekadar terkena palang pada minit ke-17.
Skuad kendalian Winfried Schafer akhirnya berjaya membuka tirai jaringan menerusi tandukan Kirati Keawsombut pada penghujung babak pertama.
Sebaik babak kedua bersambung, kedua-dua pasukan mengamalkan corak permainan lebih terbuka dan saling berbalas serangan bagi memburu gol.
Bagaimanapun, tiada gol dapat dihasilkan sehingga tamat 90 minit perlawanan, seterusnya menyaksikan Singapura ditabalkan selaku juara pada edisi kali ini.
Sebagai rekod, Singapura muncul juara pada edisi 1998, 2004 dan 2007.
Sumber Kosmo
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1223&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz2FoieXED8
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment