KUALA LUMPUR — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memperkenalkan ‘Pengeluaran Haji’ yang membolehkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka sehingga RM3,000 daripada Akaun 2 bagi membiayai kos ibadah haji berkuat kuasa 1 Januari ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Ibrahim Taib berkata, permohonan mudah tanpa perlu mengisi borang itu boleh dibuat ahli berumur kurang 55 tahun dengan syarat mereka telah menerima surat tawaran menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji (LTH).
"Bagaimanapun ahli diingatkan pengeluaran ini hanya boleh dibuat sekali seumur sehidup dan hanya layak bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan yang cukup di LTH," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Untuk membuat permohonan pengeluaran haji itu, Ibrahim berkata, ahli yang layak boleh berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan, surat tawaran LTH dan buku akaun simpanan LTH yang telah dikemaskini
Sumber Kosmo
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz2G9kda1RF
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment