RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Tuesday, 25 December 2012

Mangsa Rogol trauma


Derita mangsa rogol askar Serb
Wanita yang menjadi mangsa kerakusan askar Serb mengalami tekanan mental kerana turut diseksa dengan kejam.
Derita mangsa rogol askar Serb
Ribuan bayi hasil tindakan kejam askar Serb dilahirkan dalam tahun 1990-an.
Derita mangsa rogol askar Serb
Kumpulan hak asasi kemanusiaan menggesa kerajaan memberi keadilan kepada mangsa-mangsa rogol rejim Serb.
Fika, 15, dan kakaknya berumur 17 sewaktu ditangkap dan dirogol bergilir-gilir oleh sepasukan askar Serb yang menawan wilayah timur Bosnia di awal tahun 1990-an lalu.

"Selepas saya di rogol, mereka (askar Serb) merogol kakak. Mereka turut memaksa saya menonton perbuatan kejam terhadap kakak.

"Mereka juga memaksa kami mengaku sebagai pengintip, jadi kami dipukul dan dicabut gigi.


"Kakak meninggal dunia selepas beberapa hari diseksa," kata Fika yang kini berumur 34 tahun dan telah berumah tangga.

Walaupun peristiwa hitam itu berlalu lebih 20 tahun, Fika dan ribuan wanita Islam Bosnia yang pernah menjadi mangsa kerakusan rejim Serb, terus menagih pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan yang sehingga ke hari ini takut untuk menuntut pampasan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan kumpulan hak asasi kemanusiaan mula kehilangan sabar, sekali gus mengeluarkan amaran bahawa jumlah penghidap masalah psikologi akibat kekejaman itu terus meningkat dan menjadi semakin buruk dari sehari ke sehari.

"Sebenarnya mangsa-mangsa rogol rejim Serb ini tertekan dalam diam dan mereka sudah tidak boleh mengawal perasaan lagi," menurut laporan Majlis Pengampunan Antarabangsa.

Setakat ini, kurang daripada 40 kes rogol mendapat pengadilan dalam 17 tahun lalu sejak perang Bosnia-Herzegovina ditamatkan.

Pihak perundangan peringkat negeri pula bertindak melambatkan hak pampasan dan pemulihan mangsa-mangsa rogol perang yang sehingga ke hari ini belum terjawab sekali gus menjadi mainan politik.

Bosnia-Herzegovina didiami tiga utama iaitu kaum Bosnia, kaum Serbia dan kaum Croatia. Kira-kira 100,000 penduduknya terbunuh dan majoritinya adalah Islam.

'Hati saya hancur'

Sesudah perang, Republik Persekutuan Yugoslavia juga sebuah negara yang dibubarkan dan terbahagi kepada dua iaitu Republik Serb dan Persekutuan Bosnia-Herzegovina didiami masyarakat Islam dan Croatia.

Sementara itu, beberapa sumber melaporkan jumlah wanita dirogol rejim Serb meningkat kepada 35,000 orang dan kebanyakannya adalah wanita Islam.

Fika enggan mendedahkan nama sebenarnya kerana bimbang dengan stigma masyarakat sekeliling yang masih memandang rendah kepada mangsa rogol perang Bosnia.

Beliau dan kakaknya ditangkap askar Serb sewaktu operasi penghapusan etnik Islam di timur Bosnia.

"Kami dibawa ke kem tahanan pelarian Serb dalam bandar Vlasenica," katanya dengan menambah sudah tidak dapat mengira berapa kali dirogol oleh askar rejim.

Beberapa bulan kemudian, Fika dibebaskan dan beliau menuju ke utara bandar Tuzla yang kini menjadi sebahagian daripada wilayah Persekutuan.

"Selepas itu, saya terpaksa berhenti sekolah dan membantu ibu dan adik selepas ayah terbunuh dalam peperangan," katanya.

Kini, Fika yang juga seorang ibu belum berani untuk menceritakan kisah silamnya kepada anak-anaknya dan masih percaya lelaki yang merogolnya masih hidup.

"Mereka telah menghancurkan diri dan hati saya. Sehingga ke hari ini peristiwa itu tidak padam dan sentiasa ada dalam ingatan saya," katanya.

Lebih tragis lagi, perkahwinannya hancur sebaik sahaja menceritakan detik dirogol kepada suaminya.

Tiga tahun lalu, Fika diberi kekuatan untuk membuat laporan mengenai kisah silamnya kepada pihak berkuasa selepas mendapati dua daripada suspek yang merogolnya masih menduduki bandar Vlasenica.

Namun sehingga ke hari ini, polis masih belum membuat sebarang tangkapan.

Fika turut disahkan mengalami tekanan post-trauma dan diberikan 250 euro (RM101) setiap bulan daripada Pertubuhan Islam-Croatia disebabkan penyakitnya itu.

Menurut Fika, ramai lagi wanita senasibnya yang tinggal di Republik Serb tidak diberikan pengadilan.

"Mengikut undang-undang, mangsa wajib membuktikan kerosakan sekurang-kurangnya 60 peratus pada badan mereka dan tidak membabitkan trauma psikologi," kata Fika.

Sekurang-kurangnya tiga tuntutan berasingan telah dibuat dalam tahun kebelakangan ini yang menggesa memasukkan hak-hak mangsa rogol perang dalam akta negeri namun tidak berhasil kerana ia masih disekat pihak Republik Serb.

Britain ambil langkah

Nasib malang yang menimpa ribuan wanita Islam Bosnia memberi ilham kepada Britain untuk mengetengahkan isu meningkatkan tahap kesedaran terhadap keganasan seksual peperangan dalam perhimpunan G8  melibatkan negara-negara perindustrian pada tahun depan.

Di bawah Inisiatif Mengelak Keganasan Seksual, kerajaan Britain merancang untuk menghantar pegawai-pegawai polis, peguam, ahli-ahli psikologi dan pakar forensik ke Bosnia serta negara-negara konflik lain untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan mengenai isu terbabit.

"Setakat ini, kita hanya akan mengutamakan Bosnia Herzegovina. Kami yakin akan diberi peluang yang besar dalam menangani isu itu dan proses keamanan tidak akan berjaya jika tiada resolusi," kata jurucakap program berkenaan, Ann Hannah.

Beliau berkata, pasukannya perlu tiba di Bosnia seawal yang mungkin pada 2013 depan.


Sumber Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...