Menurut rumah jualan lelong, Nate D. Sanders, sarung tangan bertatah kristal Swarovski itu dijual pada harga AS$199,069 (RM609,455), sempena jualan lelong koleksi kenangan milik Raja Pop itu dan merupakan barangan paling mahal yang berjaya dijual.
Sarung tangan tersebut pernah dipakai oleh Jackson semasa menghadiri Anugerah Muzik Amerika pada 1984.
Jackson, sebelum ini pernah menghadiahkan sarung tangan itu kepada seorang kanak-kanak lelaki yang sakit semasa lawatan amal serta buku yang mempunyai tiga tanda tangan adik-beradik Jackson dengan tulisan, Sarung tangan saya, sayang MJ.
Rumah jualan lelong itu, bagaimanapun tidak mendedahkan individu yang membeli sarung tangan tersebut.
Dua tahun lalu, sepasang sarung tangan manik berwarna putih milik Jackson dilelong pada harga AS$192,000 (RM587,861) di Las Vegas sempena ulang tahun pertama kematian bintang pop itu.
Turut dilelong sehelai jaket miliknya yang pernah dipakai pada 1984 semasa jelajah Thriller pada harga AS$84,422 (RM 258,500) dan lukisan milik pelukis Perancis, Pierre-Auguste Renoir yang dijual pada harga AS$65,959 (RM201,959).
Raja Pop itu meninggal dunia pada usia 50 tahun pada Jun 2009 akibat pengambilan anestetik propofol dan dadah berlebihan
Sumber Utusan Melayu
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121223/lu_03/RM612300-untuk-sarung-tangan-Michael-Jackson#ixzz2ForyldMC
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment