|
NEW YORK - Seramai empat orang maut kelmarin manakala beberapa anggota polis cedera dalam satu kejadian tembakan di pedalaman negeri Pennsylvania, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).
Bercakap mengenai tragedi terbaharu itu, jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Daerah Blair, Diane Meling berkata, insiden tembakan itu meliputi 'satu kawasan sekitar beberapa kilometer' dekat bandar Frankstown di negeri berkenaan.
"Empat orang ditembak mati. Jumlah itu termasuk penyerang.
"Terdapat beberapa anggota keselamatan Pennsylvania yang cedera namun, saya difahamkan kecederaan mereka tidak serius," tambah Meling.
Beberapa pegawai lain memberitahu, serangan melibatkan seorang lelaki yang menembak mati seorang wanita ketika mangsa menghias dewan sebuah gereja untuk persediaan parti kanak-kanak di Geeseytown, Pennsylvania sekitar pukul 9 pagi waktu tempatan.
Menurut mereka, penyerang turut membunuh dua lelaki lain di sekitar bandar itu sebelum dia mati ditembak pasukan polis dalam satu kejadian tembak-menembak.
Dalam satu lagi serangan, dua orang ditembak mati di sebuah kelab malam di Birmingham, dalam negeri Alabama kelmarin.
Seorang pegawai polis, Kapten Jim Coker berkata, kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian dalam serangan yang berlaku sekitar pukul 11.30 malam waktu tempatan
Sumber Kosmo
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1223&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2FofLREQg
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment