MARANG – Dua sahabat maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas lalu merempuh tiang elektrik, pokok dan pondok menunggu bas di Kilometer 52 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Jambu Bongkok, di sini pagi ini.
Dalam kejadian pada 7.50 pagi itu, mangsa Jamiluddin Zaiton, 28, dan Shahrul Nazim Mohd Azmi, 19, maut di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Marang, DSP Ahmad Mazlan berkata, dua sahabat yang berasal dari Johor itu sedang dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu dan dipercayai baru pulang dari kampung halaman mereka.
Katanya, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dua batang tiang elektrik, sebuah pondok bas dan pokok di tepi jalan.
"Akibat rempuhan itu, kenderaan mangsa terpelanting sejauh 30 meter sebelum terbalik,” katanya ketika dihubungi.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz2GKPnI4Og
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment