RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday, 17 November 2012

Pelaksanaan bukan mahu dera pemandu

Putrajaya: Sebanyak 450,000 kemalangan direkodkan di negara ini tahun lalu yang mengorbankan 7,000 pengguna jalan raya dengan purata 18 hingga 19 kematian setiap hari. 

Sejak 10 tahun lalu, 70,000 pengguna jalan raya terkorban akibat kemalangan dan jumlah itu cukup untuk memenuhi sebuah stadium atau memuatkan penumpang dalam 140 kapal terbang Airbus A380. 
Berdasarkan fakta itu, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan sejak 23 September lalu, bertujuan mengurangkan nahas jalan raya. 


Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Leslie Leon, berkata pelaksanaan AES bukan bertujuan menghukum atau menyusahkan pengguna jalan raya sebaliknya mengubah sikap dan tabiat pemanduan mereka sekali gus mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. 

Kita mahu memperbetulkan persepsi masyarakat bahawa AES bukan untuk menyusahkan sebaliknya mendidik dan mengubah tabiat buruk pemandu jalan raya. 

Kita mahu mereka mematuhi peraturan jalan raya kerana ia akan membantu mengurangkan jumlah kemalangan tetapi ia memerlukan masa untuk memastikan sistem itu dapat berfungsi dengan baik dan berkesan, katanya selepas menghadiri Sesi Taklimat Badan Bukan Kerajaan (NGO) bersama JKJR Bagi Memperbetulkan Tanggapan terhadap AES di sini semalam. 

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof Dr Wong Shaw Voon dan Ketua Bahagian Penguat kuasa JPJ, Jaafar Mohamed serta turut dihadiri wakil daripada sembilan NGO. 
Leslie berkata, bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat tepat, pihaknya akan terus memperbanyakkan sesi bersama orang awam dan NGO bagi memastikan tanggapan salah terhadap pelaksanaan AES dapat ditangani.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...