RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday, 17 November 2012

PBB didesak ambil tindakan terhadap Israel

Kuala Lumpur: Malaysia semalam mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan tegas berhubung apa yang disifatkan sebagai tindakan ketenteraan tidak bertanggungjawab oleh Israel yang mensasarkan orang awam di Gaza.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan oleh aktiviti ketenteraan dan serangan udara Israel itu yang sehingga semalam membunuh 13 orang termasuk tiga kanak-kanak. 
Malaysia menggesa semua pihak terbabit menghentikan sebarang tindakan provokatif, bertenang dan mengekang sebarang tindakan yang boleh menyebabkan kerosakan lebih besar dan kehilangan nyawa, terutama di kalangan penduduk awam di Semenanjung Gaza, katanya dalam kenyataan disini, semalam. 


Beliau berkata, Malaysia juga menuntut Israel menghentikan serta merta tindakan ketenteraan ke atas rakyat Palestin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad (Aman Palestin), berkata operasi ketenteraan Israel terhadap Gaza dibimbangi menjadi permulaan sama seperti serangan tiga minggu yang membunuh lebih 1,400 nyawa penduduk bandar berkenaan pada 2008 dan 2009.

Awang Sufian berkata, maklumat diterima pihaknya daripada cawangan Aman Palestin di bandar itu mengesahkan keadaan ketika ini sama seperti sebelum tragedi tiga tahun lalu.

Melalui perbualan telefon jam 2 petang tadi (semalam) Pengurus Aman Palestin Cawangan Gaza, Ir Omar Seyam, memaklumkan serangan terutama dari udara masih berterusan di banyak kawasan di sana. 
Serangan 22 hari pada Disember 2008 dan Januari 2009 lalu juga bermula seperti ini terutama ketika Israel menghampiri pilihan raya Januari depan, katanya kepada BH di sini, semalam.

Serangan terbaru Israel kini digelar Operasi Pillar of Defence dikatakan bagi mensasarkan pemimpin sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qasam serta lokasi strategik mereka, namun turut mengakibatkan kematian dan kecederaan orang awam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...