RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Sunday, 11 November 2012

1 maut, 3 parah tayar kereta pancit


11/11/2012 4:04pm


IPOH - Seorang maut manakala tiga cedera parah apabila kereta Toyota Avanza yang dinaiki sebuah keluarga dikatakan terbabas dan melanggar penghadang jalan di KM299.9 Lebuh raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Kampar, dekat sini pagi tadi.
Enam lagi anggota keluarga itu dilaporkan cedera ringan dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 4.40 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon berkata, mangsa yang meninggal di tempat kejadian dikenali sebagai A. Kusulakumary, 55, yang duduk di bahagian belakang.
Pemandu van itu yang berumur 53 tahun patah peha kanan.
Kong Soon berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca akibat tayar kanan belakang kenderaan itu pancit sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan. — KOSMO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...