RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Thursday 14 February 2013

Fenomena Air Laut berwarna merah



Fenomena Air Laut berubah warna menjadi kemerahan bukannya perkara asing lagi sebenarnya,Fenomena ini sebenarnya sering berlaku di Dunia malahan pernah berlaku di negeri di semenanjung Malaysia seperti di Pulau pangkor pada tahun 2009.


Terbaru ianya berlaku di sekitar perairan Sabah pada 13.Feb 2013 (Lihat disini) dan mengakibatkan air laut yang dahulunya jernih kini bertukar menjadi kemerahan malah lebih memburukkan keadaan apabila airnya didakwa kini membawa racun apabila hidupan seperti kerang dan lokan yang ditangkap di kawasan tersebut telah mengakibatkan 3 orang terkorban serta ramai mangsa terpaksa menerima rawatan akibat keracunan makanan.

Fenomena air laut kemerahan ini sebenarnya telah mengemparkan penduduk disekitar sydney, Australia baru-baru ini apabila sebuah pantai yang cukup popular disini telah bertukar wajah disebabkan sejenis alga laut, tumbuhan seperti rumpai laut berkumpul dalam kumpulan yang banyak dan menyebarkan sejenis organisma tertentu yang menjadikan laut bertukar berwarna merah seperti darah pekat.


Dikenali sebagai Nocturnal Scintillans atau ‘sea sparkle’, ianya dikatakan tidak mempunyai sebarang kesan toksik tetapi orang ramai masih dinasihatkan untuk mengelakkan berenang di kawasan yang airnya berubah warna, kerana alga dikuatiri mengandungi kadar ammonia yang tinggi dan boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

Tetapi lain pula sebenarnya yang terjadi di Perairan Sabah apabila dikatakan kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai alga bloom telah didakwa berbahaya dan boleh membawa maut.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Perikanan Sabah menasihati orang ramai supaya tidak memakan makanan laut seperti ikan dan kerang kerana dikhuatiri telah tercemar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...