Konflik cinta antara Sharnaaz Ahmad dan penyanyi Shila Amzah tiada kesudahannya, terbaru Sharnaaz yang juga pelakon filem Juvana meminta agar tidak libatkan konflik cinta antara mereka dengan keluarganya serta mengakui isu yang terjadi selama ini telah menguris hati keluarganya.
“Saya tak mahu melibatkan Ko (keluarga). Biar saya yang selesaikan,” katanya dengan nada lemah kepada sebuah akhbar baru-baru ini.
Pelakon berusia 28 tahun ini juga enggan mengulas lanjut tentang pelbagai peristiwa yang berlaku melibatkan kekasihnya itu.
“Saya tak mahu komenlah. Saya rasa cukup-cukuplah,” katanya yang mengakui kurang sihat.
Percintaan dua sejoli ini seakan mendapat tentangan apabila bapa Shila, ND Lala mula tampil memberi kenyataan media yang seolah-olah kurang bersetuju dengan tindakan Sharnaaz.
Semuanya berkaitan dengan perancangan pelakon itu yang bertegas mahu meneruskan perancangannya untuk merisik Shila, bulan depan.
ND Lala juga memberitahu bahawa tiada perbincangan yang berlaku berhubung perkara itu sebelumnya.
Sebelum ini, Sharnaaz juga berkata akan membatalkan hasrat untuk merisik kekasihnya itu.
Pagi semalam, Shila dilaporkan hilang oleh ND Lala selepas tidak pulang ke rumah selama enam hari.
Polis Kajang yang dihubungi pagi tadi mengesahkan juara Asian Wave itu sudah ditemui petang, semalam.
100 Koleksi Teka Teki Lawak Bodoh Kelakar
2 days ago
No comments:
Post a Comment