BALING - Setandan pisang di Kampung Lanai dekat sini, menjadi tumpuan kerana ia tumbuh di batang pokok pisang yang lain dan tidak seperti kebiasaannya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Lanai, Ghazali Murada berkata, kejadian itu disedari sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, pokok pisang itu mempunyai tumbesaran normal apabila mengeluarkan jantung sebelum menjadi buah.

“Namun, penduduk terkejut kerana buah pisang ini tumbuh pada batang pokok pisang yang lain. Penduduk tidak pernah melihat kejadian ini sebelum ini,” katanya.
Katanya, pemilik pokok pisang itu tidak bercadang untuk menebang pokok berkenaan tetapi ingin melihat tumbesaran pisang itu.
“Kami ingin lihat bagaimana tumbesaran pisang ini. Jadi, kami hanya biarkan sahaja. Ramai yang ingin menebang kerana ingin merasa isinya tetapi kami tidak benarkan,” katanya.
Ghazali berkata, kampung berkenaan juga pernah digemparkan dengan pisang yang berbuah dua kali sebelum ini.
Menurutnya, kejadian itu berlaku 30 tahun lalu apabila sekumpulan penduduk menebang pokok pisang terbabit untuk majlis kenduri.
Namun begitu, selepas beberapa minggu, batang pisang itu tumbuh semula dan mengeluarkan buah.
Sumber Kosmo
No comments:
Post a Comment