RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Friday, 14 December 2012

Lewis Hamilton perlukan masa



HAMILTON kurang yakin dengan kemampuan Mercedes untuk menghadapi perlumbaan musim depan.

LONDON - Pemandu Britain, Lewis Hamilton yakin jentera Mercedes GP yang akan dipandunya musim depan lebih perlahan daripada yang sepatutnya.
Hamilton berkata, situasi tersebut memaksa dia mengambil masa selama enam bulan untuk melakukan impak yang besar bersama jentera Sliver Arrows 2013.
"Saya rasa, masih terlalu awal untuk bercakap mengenai perkara itu kerana saya tidak pernah memandu jentera baharu," kata Hamilton ketika diminta mengulas mengenai sasarannya pada perlumbaan Formula Satu (F1) musim 2013.
"Kelihatan seperti (pada perlumbaan akhir) di Brazil, Mercedes ketinggalan 1.1 saat. Jadi, kami perlu bekerja keras untuk menghadapi saingan musim depan.
"Begitupun, saya rasa ia bukan sesuatu yang mustahil (menjadi jentera terpantas) kerana pasukan ini banyak potensi dan sebab itulah saya berani berhijrah ke Mercedes.

isteri merakam aksi dera Kanak-Kanak 3 Tahun



SHAH ALAM – Seorang wanita yang dipercayai merupakan individu yang merakam perbuatan suaminya mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di sebuah rumah di Klang ditahan pukul 10 malam kelmarin di Taman Meru Indah, Klang.

Thursday, 13 December 2012

REMPIT PALSU di Majalah 3



Mazidul Akmal Sidik, cukup sinonim dengan laporan-laporan berat seperti laporan jenayah atau tentang kemanusiaan, diselar baru-baru ini diatas laporan beliau tentang Superbike Rempit dimana beliau memberikan gambaran lakonan semula itu memberikan gambaran lakon semula oleh penunggang professional itu memang terjadi sedangkan ia palsu.

Says yang MeleTOP

Kalau sebelum ni aku postkan "buat duit dengan Says", tapi tak ada tips-tips khas untuk buat akaun says mencatak naik kan duit kat dalam tu. ok kali ni aku nak postkan macam mana nak buat Iklan Says menjadi perhatian orang.. tapi bagi dah expert tentang iklan Says ni,diorang senyum je. tapi bagi yang baru berjinak-jinak macam aku ni.. erm mcm manapun nak kena ambil ilmu juga sikit.

Apa yang aku dapat ni aku akan kongsikan pada korang semua, aku ni kira suka mengkaji lah juga, sebab dari satu blog aku lompat ke satu blog. ambil pengalaman katakan. ok apa yang perlu ada jika nak jadikan iklan Says kita menjadi perhatian orang, kadang-kadang 10 yang di post satu pun orang tak klik, betul tak?. masalah ni bukan korang je, aku pun menghadapi masalah yang sama. tapi selepas aku tahu tips alhamdulillah dah ada pengerakkan, maknanya dah ada duit masuk, cuma aku ni pemalas je, kalau rajin dapat lagi lebih.hihi...

Wednesday, 12 December 2012

DUIT sampingan dengan SAYS



Hari ni aku tak ada apa benda nak cerita. last-last terfikir nak kongsi pasal Iklan Says lah..
Tapi aku ni masih baru je lagi dengan Says ni, tak sampai sebulan pun lagi, tapi bagus juga adanya says ni, orang macam aku ni suka merayap je kat FB pastu post cerita dan macam-macam lagi yang aku share tapi tak dapat hasil pun...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...