RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Thursday, 7 March 2013

SABAH sah milik Malaysia melalui penjanjian Cobbold


Perkara yang dibangkitkan oleh waris Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah dari Malaysia adalah sangat tidak relevan kerana Sabah adalah sebuah negeri yang sah milik Malaysia melalui satu persetujuan oleh rakyat Sabah pada tahun 1962 bagi menyertai pembentukkan Malaysia.

Persetujuaan itu dilakukan oleh Perdana Menteri pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman menerusi penjanjian Cobbold bertujuan untuk memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak dan pada pada 17 Januari 1962 sebuah suruhanjaya yang akan meninjau pandangan penduduk negeri-negeri tersebut telah diumumkan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold.


Suruhanjaya itu dianggotai oleh 5 orang ahli, dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherston, sementara wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha. 


Sepanjang Februari-April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Secara keseluruhan, lebih lapan puluh peratus bersetuju dengan gagasan tersebut dan pada 21 Jun 1962, laporan tersebut telah diserahkan kepada kerajaan British.

Antara sebab suruhanjaya itu ditubuhkan adalah kehendak Kerajaan Filipina pada tahun 1962 di mana tuntutan mereka ke atas Sabah tidak mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selepas Suruhanjaya ini mendapat keputusan lebih lapan puluh peratus dan Rakyat negeri Sabah telah sebulat suara mahu bersatu dalam pembentukan Malaysia dan isu ini sudah dianggap selesai. 

Berikut adalah penjanjian yang disaksikan bagi pihak united kingdom dan Tunku Abdul Rahman.


Fail:Agreement relating to Malaysia (1963) Malay Texts.djvu




Fail:Agreement relating to Malaysia (1963) Malay Texts.djvu


Fail:Agreement relating to Malaysia (1963) Malay Texts.djvu

Sumber Wikipedia, www.malaysiamerdeka.gov.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...