RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Wednesday, 6 March 2013

Sejarah penubuhan 69 komando PDRM


69sejarah.jpg

Disebalik pencerobohan yang berlaku di Sabah oleh pengikut Sultan Sulu dan marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada 8 anggota Polis yang terkorban demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara. Antara anggota polis yang terkorban adalah daripada 69 Komando tetapi tahukah anda semua apakah 69 Komando.
 
Nama 69 Komando adalah satu nama yang paling digeruni oleh pihak musuh, ia ditubuhkan pada tahun 1969 sebagai unit tempur khas bagi membanteras sebarang tindakan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya dan nama 69 komando itu sendiri diambil semperna tahun ia ditubuhkan.


Semasa ia ditubuhkan buat pertama kalinya pada bulan oktober 1969, unit ini telah dicadangkan penubuhannya oleh Adun Negeri Perak pada masa itu supaya menubuhkan sebuah pasukan elit bagi menentang ancaman komunis pada tahun 1969 terutamanya di kawasan perak dimasa itu teknik yang digunakan oleh pihak komunis  adalah serangan secara gerila.

Atas cadangan yang dikemukakan itu maka lahirnya 69 Komando yang pada masa itu hanya terdiri daripada 60 anggota sahaja daripada 1600 pegawai dan anggota polis Hutan "sekarang Pasukan Gerakan Am" telah terpilih dalam sesi pemilihan dan dihantar untuk menjalani latihan asas komando oleh sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment di Fort Kemar, Perak.

Diakhir latihan 60 anggota terpilih, setiap anggota diharuskan menjalani pelbagai sesi latihan yang amat mencabar dan sekali lagi setiap daripada 60 anggota perlu ditapis dan hanya 30 anggota sahaja yang berjaya dan merupakan pasukan elit pertama 69 komando.

Pada tahun 1970 bermulalah operasi mereka yang pertama membabitkan kawasan hutan dan diarahkan untuk menghapuskan pihak musuh dengan kepakaran yang mereka miliki seperti penyusupan khas, komunikasi, perubatan perang dan penggunaan bahan letupan. Para pelatih diajar memasang jerangkap samar, mematikan bahan letupan dan pelbagai teknik pertempuran.

Keputusan yang diterima cukup membanggakan apabila ramai musuh dapat dibunuh, dicederakan, ditangkap dan sejumlah senjata berjaya dirampas oleh pasukan ini. Paling manis lagi biarpun usianya baru setahun jagung tapi hasilnya cukup membanggakan semua pihak.

Didorong oleh faktor kejayaan tersebut maka Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada masa itu telah bertindak menubuhkan 3 pasukan lain yang terdiri daripada anak watan sendiri serta mendapat latihan oleh New Zealand special Air Service dan Nama 69 Komando mula diketahui umum.

Pada tahun 1980 program ini telah berjaya melahirkan sebuah unit yang cekap dan mempunyai kelengkapan khas dan juga pelbagai keperluan logistiknya yang diuruskan sendiri oleh unit ini. Kini 69 Komando turut dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas (PGK) dikalangan anggota PDRM sendiri.

Terbaru Unit ini turut digerakkan bagi menangani pencerobohan yang berlaku di Sabah oleh pengikut Sultan Sulu, Pasukan 69 Komando nampaknya jelas mempunyai kepakarannya tersendiri biarpun ada yang terkorban tetapi dapat dilihat semangat yang dimiliki oleh setiap anggota 69 Komando amat jelas dapat dilihat semangat juang mereka amatlah tinggi.

Tahniah diucapkan kepada 69 Komando dan anggota-anggota lain terutamanya Atm yang turut sama mengerakkan anggotanya bagi membantu PDRM menangani musuh negara.

Sumber rujukan 
Wikipedia.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...