RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Monday, 10 December 2012

Jumpa mayat lelaki dalam guni

Kajang: Seorang lelaki dipercayai dibunuh dan dimasukkan dalam guni sebelum mayatnya dibuang ke Sungai Tekali, Hulu Langat di sini, malam kelmarin.

Mayat lelaki berusia 30-an itu, ditemui oleh seorang penduduk sekitar kawasan itu di tebing sungai berkenaan, pada pada jam 8.30 malam.



Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata ketika pemeriksaan dijalankan pihaknya tidak menjumpai sebarang pengenalan diri pada badan mangsa.

“Mangsa yang berbaju lengan pendek dan memakai jeans itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke dalam sungai berkenaan.

Mayat reput

“Keadaan mayat yang sudah reput itu menyukarkan kerja pemeriksaan untuk melihat kesan suntikan BCG, selain itu mukanya hancur dan hanya tinggal gigi saja, ” katanya. 
Ab Rashid berkata, dua guni digunakan untuk membungkus mayat itu, polis turut menemui tali nilon biru dipercayai bagi mengikat mayat terbabit.


Beliau meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis bagi membantu siasatan.

Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...