Pages

Wednesday, 23 January 2013

Penyebaran Bible kepada pelajar islam-Tujuh laporan dibuat

Polis Georgetown hari ini mengesahkan menerima tujuh laporan mengenai pengedaran Bible kepada pelajar islam dihadapan sebuah sekolah di Jelutong. Kegiatan pengedaran itu dikesan oleh penduduk dan artikel cerita orang kita sebelum ini (lihat disini) yang dipetik dari akhbar B.harian (lihat disini) menyatakan ada dua individu yang dilaporkan berbuat demikian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan empat laporan dibuat oleh pelajar sekolah, manakala selebihnya dari orang awam. Beliau berkata mereka turut menyerahkan Bible tersebut sebagai bukti.


"Setakat ini siasatan polis mendapati kesemua Bible itu dicetak dalam bahasa Inggeris dan tidak mempunyai sebarang kalimah Allah serta tiada sebarang terjemahan dalam bahasa Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu perbuatan menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati dan prejudis berdasarkan agama, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.
  
Kegi
atan pengedaran Bible kepada pelajar Islam secara terbuka itu didedahkan penduduk kawasan Jelutong Khamis lepas dan mereka turut merakam video perbuatan lelaki dan seorang wanita itu di hadapan pintu sekolah di Jelutong.

  
Abdul Rahim berkata kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya

No comments:

Post a Comment