Pages

Wednesday, 23 January 2013

Cinta dicemari dengan noda bahagian 2

Tup tap berlalu seminggu, hari ini seperti yang dijanjikan sebelum ini, akhirnya COK terima juga kiriman melalui email sambungan kisah benar Cinta di cemari dengan noda, 
(baca Bahagian 1 disini). ikuti kisah selanjutnya.

Hari demi hari, perasaan kasih sayang dua insan bercinta Mira dan Zali semakin membara, pembelajaran semakim dilupakan. Dek kerana kasih dan cintanya kepada Zali, segala kemahuan Zali Mira turuti, Mereka bebas bergaul sehinggakan rakan-rakan Mira mula naik muak dengan perangai Mira yang kian berubah.

Sejak itu Mira mula kenal dunia luar, Mira yang dulunya gadis pemalu kini bebas berkepik kesana kesini ada masanya mereka sama-sama melepaskan bahang asmara di hotel-hotel bajet dan ada kalanya taman reakreasi.


Sehinggalah suatu hari Mira disahkan mengandung oleh sebuah klinik swasta. terkejut dan tidak percaya dengan apa yang berlaku, Mira menemui Zali bagi menyatakan apa yang telah berlaku, tapi reaksi Zali menunjukkan tanpa ada sebarang kerisauan dan kerana itu Mira meminta Zali bertanggungjawab keatasnya.

Sejak Mira memaklumkan kepada Zali, Beliau disahkan mengandung perangai Zali mula berubah, Zali mula menjauhkan diri dan pada masa yang sama Mira mula terdesak, Perutnya semakin membuncit, tetapi Zali tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan bertanggungjawab.

Suatu hari Mira menghubungi Zali untuk membincangkan tentang perkara ini, tetapi ditolak oleh Zali dengan memberi alasan beliau sibuk mengulangkaji pelajaran, puas Mira mendesak tetapi jawapan Zali tetap sama. Akhirnya Mira akur dengan keputusan Zali.

Kerana kecewa dengan sikap Zali yang semakin mengjauhkan diri dan tekanan yang beliau hadapi, Mira mengambil keputusan untuk terus menemui Zali tanpa menghubunginya terlebih dahulu, Tetapi hancur luluh hati Mira apabila melihat Zali sedang bersama dengan perempuan lain. Nekad dengan keputusannya Mira menyerang mereka berdua, tetapi bertambah hancur hati Mira apabila Zali menyatakan "aku tak nak kau lagi".

Puas Mira merayu untuk mendapatkan penjelasan, tetapi Zali tetap tidak menjawab akhirnya Mira akur, dan dalam masa yang sama Mira merasa sungguh kesal apabila menyintai lelaki seperti Zali, Mira sanggup lakukan apa saja demi Zali, apa yang Mira dapat anak yang tiada berbapa yang kian membesar.

Akhirnya Mira, mengambil keputusan untuk keluar dari kolej, dek kerana malu dengan kawan-kawannya yang lain, Mira mengambil keputusan yang terburu-buru. Mira keluar tanpa arah tuju, dengan berbekalkan sedikit wang yang masih ada dalam simpanan Mira, beliau berjalan tanpa arah tuju.

Berita tentang kehilangan Mira telah menjadi kecoh. Nora rakan baik Mira, mulai risau dengan keadaan Mira, lebih-lebih lagi Mira sedang mengandung "berita yang diketahui beliau semasa menemani Mira membuat pemeriksaan di Klinik tempoh hari". Beliaulah yang bertindak mencari Mira sehinggalah akhirnya Nora temui Mira keseorangan di sebuah perhentian bas.

Selepas dipujuk oleh Nora, Mira yang hilang arah tuju bersetuju untuk mengikuti Nora yang sudi membantu beliau dan dengan kata setuju oleh ibu Nora, Nora membawa Mira pulang ke kampungnya malam itu juga.

Ibu Noralah yang menjaga Mira dari sebelum bersalin sehinggakan urusan selepas bersalin dan sehingga kini bayi itu masih bersama dengan Mira, sejak dari itu hubungan antara Mira dan ibu Nora bagaikan anak dan ibu, keluarga Mira dikampung tidak mengakui Mira sebagai anak mereka, nasib baik Mira memiliki rakan yang sanggup berkongsi ibu dengannya.

sekian..
Nama sebenar tidak dapat didedahkan, cerita ini dikongsi oleh seorang gadis yang mengakui keterlajurannya bersama teman lelaki.
jika ada sebarang kecacatan dalam cerita ini, mohon kemaafan, kerana cerita ini terpaksa dipendekkan.

No comments:

Post a Comment