Pages

Wednesday, 23 January 2013

Kadar Pengangguran Dunia meningkat,Malaysia turun 3%


Laporan sebuah akhbar hari ini menyatakan "Kadar pengangguran di seluruh dunia akan meningkat 202 juta orang" (baca disini), laporan ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Walau bagaimanapun Negara kita masih lagi stabil dan kadar penganguran di Malaysia semakin menurun sebanyak 3%. Bilangan guna tenaga mencatatkan peningkatan seramai 34,700 orang kepada 12.44 juta berbanding 12.41 juta orang pada bulan sebelumnya.


Bilangan penganggur menurun seramai 13,700 orang kepada 385,600 orang. Situasi ini menyumbang kepada penurunan kadar pengangguran sebanyak 0.1 mata peratus kepada 3.0 peratus pada Januari 2012. Kadar pengangguran didapati lebih rendah 0.4 mata peratus jika dibandingkan dengan 3.4 peratus pada Januari 2011. Kadar pengangguran pelarasan bermusim pada Januari 2012 pula menurun 0.4 mata peratus kepada 2.8 peratus berbanding 3.2 peratus pada Disember 2011.

Maklumat penuh (lihat disini)

No comments:

Post a Comment