RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Monday, 25 March 2013

puncak dunia Gunung Everest

Gunung Everest merupakan satu gunung tertinggi di Dunia yang terletak di banjaran Himalaya dengan ketinggian 8,850 meter dari aras laut. Di kemuncak gunung adalah membahagikan kepada dua negara iaitu antara Nepal dan Tibet, China

Gunung yang menjanjikan satu cabaran yang boleh dianggap diluar kemampuan manusia untuk mendaki sampai kepuncak, dengan suhu sejuk yang terlampau dan juga angin kencang yang bakal dihadapi oleh pendaki pada ketinggian lebih 6,000 meter ianya telah ramai mengecewakan para pendaki untuk sampai ke puncak.


Gunung ini mempunyai dua laluan ke puncak diantaranya adalah disebelah tenggara (Nepal) dan sebelah Barat laut (tibet), tetapi laluan yang sering digunakan adalah disebelah tenggara kerana laluan ini agak mudah secara teknikalnya. Ia juga merupakan laluan yang digunakan oleh Hillary dan Norgay pada tahun 1953.

Antara bahaya yang menanti para pendaki adalah serangan penyakit altitud,perubahan cuaca yang secara mendadak dan runtuhan ais. Biasanya untuk menangani bahaya yang bakal menanti. Para pendaki perlulah berada di kem pengkalan selama beberapa minggu bagi menyesuiakan diri dengan altitud, kemudiannya untuk pendakian kepuncak perjalanan akan bermula pada waktu subuh kerana waktu ini amat sesuai untuk mendaki ke kem seterusnya iaitu kem I pada ketinggian 6065 meter.

sepanjang laluan ke kem I, pendaki terdedah kepada bahaya ais runtuh serta salji runtuh kerana terdedah dengan cahaya matahari dan disini ramai dikalangan shelpa dan pendaki terbunuh dan merupakan kawasan paling bahaya yang dihadapi oleh pendaki sebelum sampai ke kem I.

Dari kem I, pendaki akan bergerak ke kem II dengan ketinggian 6,500 meter menerusi Western Cym yang agak datar serta lembah glasier bercerun landai dan setiap pendaki terpaksa menyeberangi lembah tersebut yang berhampiran dengan pengkalan Nuptse yang melalui laluan kecil yang dikenali sebagai "sudut Nuptse". Western cym juga dipanggil sebagai "lembah sunyi-Vallay of silance", kerana laluan ini terhalang daripada tiupan angin dan berada dikedudukan terdedah pada cahaya matahari menjadikan ianya amat panas kepada para pendaki.

Dari kem II, pendaki memanjat permukaan Lhotse menggunakan tali kekal pada ketinggian 7,470 meter dan untuk sampai ke Kem IV yang jaraknya 500 meter, dan dari kem III ke kem IV pendaki akan berhadapan dengan cabaran tambahan iaitu Taji Geneva dan Gelang Kuning (Yellow Band). Taji Geneva merupakan rabung batu hitam yang berbentuk Anvil yang dinamakan oleh pendaki Swiss 1952 dan pada masa pendakian tali kekal diperlukan untuk mendaki dikawasan batu yang diliputi dengan salji dan untuk melintasi gelang kuning iaitu batuan mendak tali sepanjang 100 meter digunakan untuk melintasinya.

Dengan jarak kepuncak yang masih berbaki 1,000 meter dari kem IV ia memelukan tempoh 10 hingga 12 jam dan pendakian bermula pada waktu tengah malam dan pendaki akan singgah di "The Balcony" pada ketinggian 8,400 meter dimana sebuah pelantar kecil yang digunakan untuk berehat seketika. Pendakian kepuncak seterusnya diteruskan melalui mendaki rabung dan pendaki akan berhadapan dengan tangga batu yang mengancam yang biasanya memaksa mereka ke timur kedalam salji yang sampai ke tahap pinggang serta ancaman runtuhan salji juga boleh berlaku dikawasan ini.

Pada ketinggian 8,750 meter dom salji dan air batu sebesar meja kecil telah menandakan pendaki berada dipuncak selatan dan pendakian diteruskan dengan mengikuti rabung timur, laluan ini dikenali sebagai mata pisau atau "Cornice Traverse". Disini adalah kawasan paling terdedah dalam pendakian kerana silap langkah boleh mengakibatkan seseorang pendaki akan jatuh terjunam diketinggian 2,400 meter di sebelah barat daya manakala disebelahnya 3,050 meter di permukaan kangshung.

Diakhir laluan pendakian, terdapat sebuah dinding batu setinggi 12 meter yang dikenali "Hillary Step pada ketinggian 8,760 meter dan untuk memanjat dinding ini peralatan yang diperlukan adalah tali kekal dan tali ini telahpun dipasang oleh shelpa, dan melepasi dinding ini adalah mudah untuk pendaki sampai kepuncak melalui tebing salji sederhana curam seterusnya sampai ke puncak. Dipuncak pendaki biasanya mengambil masa kurang dari 30 minit kerana pendaki perlu turut ke kem IV sebelum cuaca menjadi gelap yang mana menjadi masalah besar kepada setiap pendaki.

Kejadian manis dan pahit di puncak dunia

  • 1921 Ekspedisi British pertama meninjau laluan melalui glasier Rongbuk.
  • 1922 Tujuh pendaki Sherpa terbunuh dalam runtuhan salji dan menjadi kematian pertama dilaporkan di Everest.
  • 1922 Ekspedisi kedua British sampai ke 8321 meter.
  • 1924 Ekspedisi ketiga British sampai ke 8500 meter. Pada 6 Jun, George Mallory dan Andrew Irvine cuba mendaki untuk sampai ke puncak tetapi hilang selepas awan tebal menyelitupi mereka. Saksi mendakwa melihat mereka berhampiran puncak.
  • 1933 Lady Houston membiayai formasi kapal terbang untuk melintasi puncak dan meletakkan bendera Union Jack British.
  • 1934 Maurice Wilson (British) mati dalam cubaan mendaki berseorangan.
  • 1950 Nepal membuka sempadannya kepada orang asing.
  • 1952 Ekspedisi dari Swizland, termasuk Sherpa Tenzing Norgay menyerah akibat keletihan, 200 meter dari puncak.
  • 1953 Puncak dicapai buat pertama kali pada 11:30 am 29 May oleh Sir Edmund Hillary New Zealand dan Sherpa Tenzing Norgay dari Nepal mendaki dari arah Laluan Col Selatan (South Col Route).
  • 1960 Pada 25 May, pasukan China menjadi pasukan pertama sampai ke puncak melalui laluan Rabung Utara.
  • 1963 Penyeberangan pertama oleh ekspedisi Amerika Syarikat, bermula dari barat dan turun di barat daya.
  • 1965 Pada 20 May, Nawang Gombu Sherpa menjadi orang pertama sampai ke puncak dua kali.
  • 1975 Pada 16 May, Junko Tabei dari Jepun menjadi wanita pertama sampai dipuncak.
  • 1975 Pada 27 May, wanita Tibet, Phantog, menjadi wanita pertama sampai ke puncak melalui sebelah Tibet.
  • 1978 Reinhold Messner (Selatan Tyrol, Itali) dan Peter Habeler (Austria) sampai ke puncak tanpa tangki oksigen.
  • 1980 Ekspedisi pasukan kali pertama pada musim sejuk oleh pasukan dari Poland.
  • 1980 Reinhold Messner dari South Tyrol, Italy, lelaki pertama mendaki Everest seorang diri tanpa tangki oksigen.
  • 1982 Pada October 5, Laurie Skreslet menjadi rakyat Kanada pertama untuk sampai ke puncak.
  • 1988 Jean-Marc Boivin dari Perancis memulakan dengan paraglider dari puncak gunung.
  • 1993 90 pendaki pada musim luruh sahaja dan menjadi permulaan komersial mendaki pucak Everest.
  • 1993 Ramon Blanco dari Sepanyol menjadi orang tertua untuk sampai ke puncak pada usia 60 tahun, 160 hari. (dikalahkan oleh rekod tahun 2001).
  • 1996 Hans Kammerlander dari South Tyrol, Itali mendaki gunung dan mendaki turun tersebut dari sebelah utara dengan ski dalam tempoh 16 jam 45 minit.
  • 1996 Göran Kropp dari Sweden mejadi orang pertama untuk menaiki basikal pergi dan balik dari rumahnya ke gunung tersebut,pereseorangan tanpa bantuan tangki oksigen.
  • 1997 M.Magendran dan N.Mohandas dari Malaysia menjadi cikgu pertama yang mendaki Gunung Everest
  • 1998 Edward Grylls dari United Kingdom menjadi pendaki termuda untuk sampai ke puncak pada usia 23 tahun.
  • 1998 Tom Whittaker merupakan orang cacat pertama untuk sampai ke puncak.
  • 1999 Sherpa Babu Chiri Sherpa dari Nepal tinggal selama 21 jam di puncak gunung.
  • 2001 Pada Mei 24, Temba Tsheri menjadi pendaki termuda untk mendaki puncak gunung pada usia 15 tahun.
  • 2001 Pada Mei 25, Erik Weihenmayer berusia 32 tahun , dari Boulder, Colorado, menjadi orang buat pertama untuk sampai ke puncak.
  • 2001 Pada hari yang sama,Sherman Bull berusia 64 tahun, dari New Canaan, Connecticut, mejadi pendaki tertua untuk mendaki puncak tersebut.
  • 2003 Pemba Dorjie Sherpa dari Nepal dan berusia 24 tahun menjadi pendaki gunung terpantas dalam masa 12 jam dan 45 minit pada 23 mei.
  • 2003 Tiga hari kemudian,Sherpa Lakpa Gelu memecahkan rekod tersebut dalam tempoh 10 jam dan 56 minit. Setelah sedikit peselisihan dengan Dorjie pihak kementerian pelancongan telah mengiktiraf rekod tersebut pada bulan julai tahun yang sama. [2]
  • 2003 Yuichiro Miura menjadi orang tertua untuk sampai ke puncak pada usia 70 tahun dan 222 hari.
  • 2004 Pemba Dorjie Sherpa memecahkan rekodnya sendiri iaitu dalam masa 8 jam dan 10 minit pada 21 Mei. [3]
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...