RENUNGAN
Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)
Monday, 25 March 2013
Pilihanraya di Malaysia
Pilihan raya di Malaysia adalah satu proses demokrasi untuk memilih calon untuk mewakili rakyat di parlimen melalui undian oleh rakyat dan setiap calon yang dipilih rakyat akan memegang jawatan seperti penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan.
Terdapat dua jenis pilihanraya di Malaysia iaitu Pilihanraya umum dan pilihanraya kecil, sistem pilihanraya yang dijalankan adalah mencari pemenang menerusi undian yang dikira bagi calon yang bertanding dan pemenang akan diumumkan selepas mendapat undi yang terbanyak dan ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan raya.
Suruhanjaya pilihanraya.
Sebuah suruhanjaya penyelia untuk mengelola dan bertangjawab memastikan urusan pilihanraya di Malaysia berjalan lancar. Ia telah ditetapkan didalam perkara 114 pelembagaan Malaysia yang dipengurusikan oleh Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman dan telah digantikan oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 1 Januari 2009.
Antara mandat yang diberikan adalah dibawah perkara 114, suruhanjaya memiliki kuasa untuk mengadakan pilihanraya umum keatas dewan rakyat dan dewan undangan negeri dan mengadakan pilihanraya kecil sekiranya berlaku kekosongan dibawah perlembagaan persekutuan Tanah Melayu.
Pada awal penubuhan suruhanjaya ianya mempunjyai seorang pengerusi dan dua ahli tetapi selepas tanah melayu bergabung dengan Sabah, Serawak dan Singapura berlaku penambahan ahli dari Sabah, Sarawak dan Singapura serta satu rang telah diwujudkan pada 1981 yang membolehkan panambahan ahli dan mewujudkan Timbalan Presiden selepas Malaysia dibentuk.
Bidang kuasa yang ditetapkan adalah melakukan persempadanan semula dan mengkaji kawasan-kawasan pilihanraya setiap tidak kurang 8 tahun, menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan daftar semakan pemilih, serta mengawal kelancaran pilihanraya seperti yang telah ditetapkan.
Anggota suruhanjaya hendaklah mendapat lantikan oleh Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong selepas berunding dengan majlis raja-raja dan ketika perlantikan suatu suruhanjaya pilihanraya hendaklah mendapat kepercayaan rakyat. Walaupun begitu mengikut perkara 40 pelembagaan mestilah mematuhi yang mana Raja tidak dibenarkan bertindak mengikut kepentingan sendiri dimana Raja mestilah mendapat nasihat Perdana Menteri dan mengadakan penjumpaan antara suruhanjaya berdasarkan nasihat Perdana Menteri.
Fungsi Suruhanjaya Pilihanraya adalah mengikut peraturan pilihan raya, tugas SPR ialah mengadakan pilihan raya ke atas kawasan parlimen dan DUN, mengelola pilihan raya, dan pelaksanaan pendaftaran pemilih. Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan baru yang membolehkan keadilan dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi di kawasan pengundian yang ditetapkan, mempromosikan kepentingan mengundi, dan menguruskan semakan daftar pemilih dengan memadam nama-nama orang yang telah mati atau didapati tidak layak mengundi.
Pada hari pengundian, anggota SPR dan pegawai akan berada di pusat pengundian untuk menjalankan proses pengundian pilihan raya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakan Blog
-
-
-
E-Operasi: Modul Pengurusan Guru KPM6 years ago
-
-
-
Bina Web / Minisite Online Biz....10 years ago
-
dah dekat nak mengundi kita ni kan... ;)
ReplyDeleteitu lah.. sekarang ni muka depan semua pasal pilihanraya
ReplyDelete