Sebut je pasal duit cepat je korang ya....
Sekarang ni Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah mengemukakan 70 model telefon yang boleh dipilih yang menawarkan rebat RM200.
Model telefon tersebut boleh dilihat menerusi laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan korang membandingkan harga di pasaran yang mempunyai 1000 wakil penjual seluruh negara.
SKMM dalam kenyataannya semalam menjelaskan, belia yang telah mendaftar boleh menyemak model-model telefon serta senarai penjual di https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html.
Kenyataan itu menambah, para belia juga dinasihatkan agar memilih telefon berdasarkan kemampuan masing-masing dan tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar.
Setelah mendaftar, belia yang layak diberi tempoh 30 hari untuk menebus rebat RM200 mereka di wakil-wakil penjual yang dilantik.
" Mohon kerjasama anda, untuk tinggalkan sedikit coretan diruangan komen & mohon "Klik" iklan laman cerita orang kita, Selamat berkunjung ".
100 Koleksi Teka Teki Lawak Bodoh Kelakar
1 week ago
No comments:
Post a Comment