RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Sunday, 27 January 2013

Penduduk MELAKA akan terima BR1M pada 1 Februari

Kerajaan negeri Melaka akan mula menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 mulai Fabruari ini kepada mereka yang masih bujang dan berumur 21 tahun keatas. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Pengagihan itu membabitkan fasa 1, yang bakal diterima oleh 80,500 orang.

Bagi Mereka yang masih belum memohon, Permohonan boleh dilakukan menerusi talian online atau menerusi pejabat Jawatankuasa penyelaras Dun.


Beliau mengumumkan perkara itu sempena Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, di sini, kelmarin.

Ketua Menteri juga berkata, bagi BR1M ketua kepada isi rumah atau ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah turut akan menerima faedah seperti tahun lalu tidak lama lagi.

Katanya, turut layak menerima bantuan itu, warga emas berumur 60 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah.

“Semua yang mendapat BR1M tahun lalu seramai 134,000 orang akan dapat semula tahun ini dan kerajaan menerima lagi permohonan tambahan daripada 55,000 orang pemohon.

“Pemohon baru ini akan ditapis seperti proses sebelumnya. Saya juga berharap semua rakyat yang menerima bergembira dengan kemudahan yang diberikan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar pemberian tersebut turut dimanfaatkan dengan perkara berfaedah.


sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...