Mira(bukan nama sebenar), seorang gadis yang berasal dari kampung di sebuah negeri pantai timur, keluarganya hidup dalam kemiskinan, kedua ibubapanya hanya bekerja mengusahakan kebun yang hanya seluas beberapa ekar sahaja, cukup untuk menampung kehidupan sekeluarga.
Oleh kerana itu kemiskinan itu, Mira nekad belajar bersungguh-sungguh demi untuk mengubah ekonomi keluarganya apabila beliau berjaya kelak ditambah lagi beliau adalah anak pertama, wajar bagi beliau untuk menunjukkan contoh kepada adik-adiknya agak mengulangi kejayaan yang dicapai olehnya kelak.
Hari yang dinantikan oleh Mira telahpun tiba, sekarang ini Mira telahpun melangkah kedunia baru, dunia yang jauh dari orang tuanya, ditempat yang baru dan apa yang penting Mira perlu bedikari sendirian.
Sejak berjauhan dengan keluarga, Kehidupan Mira sering kali diuji tetapi Mira cekal dengan menempuhi semua cabaran demi untuk mengejar cita-citanya.
Waktu berlalu hamper tak terasa, sekarang genap setahun Mira diperantauan dan sejak itu juga ramai pelajar lelaki yang
Didalam satu kelas sekuliah dengan Mira,ada seorang pelajar lelaki turut menyimpan minat terhadap Mira, beliau adalah Zali ( bukan nama sebenar ) seorang pelajar yang nakal tapi pintar yang paling diminati ramai pelajar-pelajar perempuan di kolejnya.
Ditakdirkan suatu hari, Ketika Mira sedang menunggu rakannya, muncul secara tiba-tiba Zali dan terus menyapa Mira, “Hai sorang ke”. Terkejut dengan sapaan itu, Mira bertukar manjadi kelam kabut lebih-lebih lagi dari pelajar lelaki yang bernama Zali.Tapi Mira hanya mendiamkan diri kerana malu dengan riaksinya tadi. Sekali lagi Zali bertanya “Sorang je ke, boleh saya duduk”. Mira tidak menjawab tetapi dia hanya mengangguk.
Selepas mendapat keizinan dari Mira untuk sertainya, Zali terus memulakan perbualan dari satu bab ke satu bab, tetapi Mira dikejutkan sekali lagi apabila Zali menanyakan soalan “awak dah ada boyfriend”, lantaran dengan itu muka Mira bertukar menjadi kemerahan dan soalan yang ditanya oleh Zali cukup membuatkan Mira terkejut, dengan keadaan serba salah Mira menjawab “saya tiada boyfriend dan tiada siapa yang sukakan saya”. Nyata jelas diwajah Zali satu kegembiraan apabila mendengar kata-kata Mira.
Jauh disudut hati Mira, sebenarnya beliau turut meminati Zali tetapi perasaan malu yang menebal dan juga cita-citanya masih lagi belum tercapai, beliau meletakkan harapan itu jauh disudut hati. Tetapi Mira seakan merasakan satu kelainan takkala berbual dengan Zali, Keriangan dan lawak lucu yang diucapkan oleh Zali membuatkan beliau dapat melupakan seketika beban yang digalas olehnya.
Tanpa disedari oleh Mira, Zali mencuri peluang memerhatikan wajah Mira dikala Mira sedang duduk mengelamun. Tetapi hanya seketika apabila Mira mengalihkan pandangan apabila disedari Zali sedang melihatnya semasa ia mengelamun.
Zali yang nyata sedar tentang perubahan Mira melihat dari reaksinya tadi meminta maaf sambil menyatakan “saya tiada maksud lain, hanya memerhatikan disebalik wajah ayu awak. Mira yang sedar maksud Zali hanya diam membisu dan pelbualan mereka terhenti setakat itu.
Sebelum beredar Zali sempat bertanyakan pada Mira “Bila lagi kita dapat berjumpa dan berbual”, tetapi belum sempat Mira hendak menjawab soalan Zali, tangan Mira sekali lagi ditarik oleh rakannya reaksi dari Mira kepada Zali hanya mengangkat bahu dan mematikan terus soalan itu tanpa jawapan serta Mira dan rakannya berlalu pergi meninggalkan Zali yang menantikan jawapan.
Selepas dari pertemuan pertama bersama Zali, hati Mira semakin berbunga-bunga dan Sejak dari itu hubungan mereka semakin akrab seperti pasangan kekasih. Kemesraan yang terjalin antara Mira dan Zali telah membawakan bibit-bibit cinta sehinggakan mereka dicemburui ramai pelajar perempuan dan lelaki.
Pertemuan demi pertemuan yang diatur oleh Zali mahupun Mira untuk melepaskan perasaan rindu mereka, sehinggakan suatu hari Zali mengajak Mira untuk keluar menyambut malam tahun baru di ibukota sambil melihat bunga api telah menarik minat Mira yang selama ini hanya disaksikan melalui kaca television.
Masa dijanjikan pun tiba, Zali telah membawa Mira keluar menaiki motorsikal dan sambil menantikan jam tepat pukul 12 tengah malam, Zali membawa Mira ronda seluruh ceruk
Tepat jam 12 tengah malam yang dinantikan oleh semua orang termasuk Mira dan Zali pun tiba, keriangan yang terpancar diwajah mereka apabila melihat detuman bunga api memenuhi langit malam dan waktu yang sama juga Zali meluahkan perasaan sayangnya pada Mira disambut gembira oleh Mira lantas mereka berpelukan, waktu itu bagi Mira biarpun terasa jangal kali pertama dipeluk oleh lelaki tetapi baginya hanya Zali yang bertahta dihati.
Tanpa disedari waktu berlalu dengan pantas tanpa mereka sedari, Jam menunjukkan pukul 2 pagi, lantas Zali mengajak Mira beredar dan tanpa membantah Mira mengokori Zali dengan berpegangan tangan.
Diatas motor Mira tak banyak bersembang dan hanya memerhati kanan dan kiri, dan atas sebab Mira sudah setujui untuk tidak pulang ke hostelnya malam ini kerana dikuatiri tidak dapat masuk kerana melepasi hak waktu yang dibenarkan, Mira hanya mengekori kemana Zali bawa.
Selepas berbincang dengan Zali dan keadaan Mira yang sudah mengantuk, zali cadangkan untuk menyewa hotol bajet disekitar Bandar, tetapi Mira membantah, selepas dipujuk oleh Zali akhirnya Mira setuju.
Selepas beredar dari restoran, Zali terus mencari hotel tetapi semuanya sudah penuh disewa yang hanya hotel dipinggir Bandar dan yang masih tinggal hanya satu bilik. Tanpa banyak masa, Zali membayar wang dan membawa Mira masuk ke bilik dan kerana tiada bilik lain untuk Zali tidur maka terpaksalah Mira berkongsi bilik dengan Zali biarpun hal ini menjadi keberatan pada Mira, tetapi kerana kasihankan Zali yang perlukan rehat Mira terpaksa terima tanpa menolak.
Mira yang kepenatan mengambil keputusan untuk terus tidur sedangkan Zali terus kebilik air untuk mandi dan bersihkan badan, selepas Zali keluar dari bilik air Zali perhatikan Mira sudah mula dibuai mimpi dan Zali mengambil keputusan untuk turut serta tidur bersama diatas katil. Tanpa disengajakan Mira baru hendak lena tidur berpusing kearah Zali dan kesempatan itu Zali gunakan untuk perhatikan wajah Mira, dan waktu itu Mira terjaga dari tidurnya sedang melihat Zali memandang kearahnya terus mereka sama-sama berpandangan.
Bermula dari pandangan mata, Zali memeluk Mira dan waktu itu Mira merelakan apa pun Zali lakukan keatasnya ini kerana sayangnya beliau ketas Zali sehinggakan mahkotanya hilang pada malam itu kepada Zali yang dia amat cintai, bagi Mira dia tidak menyesal kerana menyerahkan kepada Zali kerana Mira betul-betul cintakan Zali. Tiada lelaki lain yang bertahta dihati Mira kecuali Zali.
Sekian…
Cerita yang dihantar kepada Cerita orang kita ada dua bahagian.
Ini adalah bahagian pertama dan bahagian kedua (lihat disini)
No comments:
Post a Comment