Hari ini di akhbar sinar harian melaporkan satu kontroversi yang berkaitan dengan kenyataan dikeluarkan oleh Patrick Teoh menghina agama Islam yang mengundang kemarahan pelbagai pihak.
Kenyataan tersebut dibuat di laman sosial facebook miliknya. Teoh yang mengulas soal garis panduan 1 Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013 yang dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Kedah dan beliau juga turut mempersoalkan amalan sembahyang lima kali sehari dan permakaian tudung.
Garis panduan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah melibatkan aspek pakaian, nyanyian dan tarian. Ia menetapkan cara berpakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.
Dalam kenyataan itu juga, Teoh menyentuh sembahyang lima waktu dan wanita Islam menutup aurat.
Ekoran kritikan pelbagai pihak, Teoh menerusi laman Facebooknya telah meminta maaf berhubung kenyataan yang dikeluarkannya itu.
“Sekarang saya sedar apa yang saya buat itu salah. Saya silap. Kenyataan saya betul-betul di luar batas. Saya minta maaf dengan ikhlas kepada semua orang Islam. Tetapi saya tidak minta maaf kerana menyebut orang itu... anda tahu maksud saya. Saya harap,” tulisnya.
Menerusi mesej Twitter kira-kira 12.30 tengah hari tadi, Teoh menulis, "2 (to) all Muslims, my sincere apologies for d (the) offending FB post. It's been deleted n (and) reasons are there for ur (your) scrutiny. Thank you for ur (your) patience. [Kepada umat Islam, saya minta maaf secara ikhlas atas mesej FB yang menyinggung perasaan. Ia sudah dikeluarkan dan sebab berkaitan (ada disertakan) untuk penilaian anda. Terima kasih atas kesabaran anda]."
" Mohon kerjasama anda, untuk tinggalkan sedikit coretan diruangan komen & mohon "Klik" iklan laman cerita orang kita, Selamat berkunjung ".

No comments:
Post a Comment