Pages

Sunday, 16 June 2013

Proton turunkan harga kereta

 
Seperti mana janji yang dibuat kerajaan sebelum pilihan Raya umum ke-13 yang lalu untuk mengurankan harga kereta. Proton Holding Bhd akhirnya tampil menawarkan penurunan harga kereta dan langkah ini selaras dengan seruan Perdana Menteri dalam manisfesto PRU13 yang lalu.

Berita baik ini turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Keperggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dengan berkata Proton telah menyambut baik seruan Perdana Menteri dengan menurunkan harga kereta 1.3 sebanyak RM 5,000.

Dengan penurunan harga kereta, pengguna boleh melihat dan merasai sendiri janji-janji yang dibuat oleh pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia telahpun ditunaikan. Katanya pada sidang media di Alor Setar, Kedah.

Sehubungan itu, beliau berharap agar syarikat-syarikat kereta lain turut sama mengikut jejak Proton untuk menurunkan harga kereta demi kesenangan rakyat.
"Proton dah turunkan harga, jadi saya harap syarikat lain menjadikan Proton sebagai contoh dan akan tampil ke hadapan untuk mengurangkan harga kereta," katanya.

Ahmad Bashah berkata harga kereta-kereta lain akan diturunkan secara berperingkat.

Pada 13 Jun yang lalu, Proton menawarkan kepada rakyat Malaysia satu varian kereta keluarannya yang  akan dijual dengan harga lebih rendah dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment