Pages

Wednesday 27 February 2013

Wanita dalam pantang dipenjara 'Tawar khidmat Seks'

Tindakan seorang wanita berumur 31 tahun yang juga isteri kepada seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis yang berpangkat Sarjan Major mengundang padah.

Tertuduh Rosmalini Hussin yang masih berpantang melahirkan anak kelima ditahan dihadapan sebuah hotel di Jalan Raja Laut pada jam 8.05 malam dijatuhkan hukuman penjara dua bulan bermula dari tarikh beliau ditangkap pada 24 Februari lepas.


Beliau disakwa mengikut seksyen 372 (B) kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, Rosmalini yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia hanya seorang suri rumah dan masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sebulan yang lepas.

No comments:

Post a Comment