Pages

Saturday, 2 February 2013

Pelacur Warga Uzbekistan ditahan disebuah hotel di Nilai

Padah pelacur warga Uzbekistan apabila ditahan bersama dengan seorang pelanggan ketika sedang berasmara di sebuah hotel di Nilai.Kegiatan wanita berusia 31 tahun ini dikesan sejak beberapa hari lalu apabila beliau mengiklankan perkhidmatan seks didalam sebuah laman web berbahasa cina dengan bayaran antara RM450 hingga RM500.

Ketika serbuan yang diketuai oleh Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Otman pihaknya mendapati wanita ini sudah dua kali datang ke negara ini dengan rekod terbaru pada 24 Januari lepas sebagai pelancong.



Tambahnya, pelanggan yang melayari laman web berkenaan akan menghubungi wanita terbabit sebelum menetapkan hotel untuk bertemu.
Menurut Faizal, wanita itu bergerak aktif di Seremban dan Nilai kerana bimbang aktivitinya dikesan sekiranya menawarkan perkhidmatan di bandar besar seperti Kuala Lumpur.
“Kita turut merampas berpuluh-puluh kondom dan cecair pelincir yang digunakan untuk aktiviti persundalan tersebut,” katanya.
Ujar Faizal, semakan mendapati wanita terbabit baru dua hari mendaftar di hotel dua bintang berkenaan. Dia juga cuba membuang kondom yang telah digunakan ke dalam mangkuk tandas tetapi gagal.
Wanita itu kini ditahan di Depoh Tahanan Lenggeng dekat sini untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment