BAGAN SERAI - Tindakan seorang pemandu lori barangan lusuh yang cuba melawan arus memandu menyeberangi jalan membawa padah apabila lori yang dipandu bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kiub ais di Batu 10, Jalan Taiping di sini petang kelmarin.
Saksi kejadian yang hanya dikenali sebagai Rahim berkata, kemalangan berlaku pada jam 4 petang menyebabkan lori muatan kiub ais itu terbabas sebelum merempuh sebatang tiang seterusnya masuk ke dalam longkang.Menurutnya, keadaan lori barangan lusuh lebih mengerikan kerana terbalik dan menyebabkan muatan yang dibawa bertaburan di atas jalan.
“Dalam kejadian itu, pemandu lori kiub ais tidak sedarkan diri akibat tersepit di bahagian tempat duduk pemandu, manakala pemandu lori barangan lusuh bersama dua kelindannya tercampak beberapa meter dari kawasan kemalangan.

"Seorang daripada kelindan lori barangan lusuh maut di tempat kejadian kerana pendarahan teruk pada kepalanya. Dua mangsa lagi cedera parah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Seorang lagi saksi yang enggan dikenali memaklumkan, lori barangan lusuh dikatakan cuba menyeberang jalan, namun tindakan nekad pemandu lori bertukar tragedi apabila dirempuh lori kiub ais dari arah Taiping menuju Parit Buntar.
Setengah jam selamat mangsa
Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Bagan Serai memaklumkan, bomba menerima maklumat awam berhubung kejadian pada jam 3.50 petang dan telah bergegas ke lokasi kejadian.
Seramai sembilan anggota bomba diketuai Penolong Bomba Kanan 2, Mohd Rodzi Che Pa mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan pemandu lori kiub ais yang tersepit dalam kenderaan.
"Sebaik sahaja dikeluarkan, ketiga-tiga mangsa yang cedera parah termasuk pemandu lori kiub ais dikejarkan Hospital Taiping untuk rawatan.
"Seorang lagi mangsa, A Denesh, 16 maut di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian.
No comments:
Post a Comment