Pages
▼
Wednesday, 23 January 2013
Cabul gadis 18 tahun-Warga emas didenda RM4,000
Seorang warga emas didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang gadis di kawasan Pantai Balok 9 ogos tahun lalu. Tertuduh yang dikenali mangsa berusia 61 tahun yang dipanggil Pak Loh melakukan perbuatannya terhadap mangsa yang berumur 18 tahun dam masih bergelar pelajar.
Berdasarkan fakta kes, mangsa dalam kes itu masih bergelar pelajar berusia 18 tahun dan mengenali tertuduh. Mangsa yang beralamat di Lorong Kubang Buaya di sini bertemu dengan warga emas itu ketika menunggu keretanya yang dicuci di sebuah stesen minyak di Beserah.
Pelajar terbabit kemudiannya menumpang kereta lelaki tersebut untuk pulang ke sebuah pusat latihan memandu yang terletak di kawasan sama. Ketika dalam perjalanan tertuduh tidak berhenti di pusat memandu itu sebaliknya membawa mangsa ke kawasan Pantai Balok.
Selepas memberhentikan keretanya, tertuduh tiba-tiba keluar dari kenderaan itu dan masuk semula ke bahagian penumpang belakang dan terus mencabul kehormatan gadis tersebut. Tertuduh kemudiannya menghantar mangsa ke Beserah, bagaimana pun kejadian itu disedari ibu gadis itu setelah ternampak dia berlari masuk ke dalam tandas sambil menangis.
Perbuatan tertuduh terbongkar selepas mangsa memberitahu ibunya sebelum satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.
Susulan laporan tersebut, tertuduh berjaya ditahan polis kira-kira enam hari kemudian untuk siasatan lanjut.
Tertuduh yang diwakili peguam Mohd Saifuldin Abdul Rahman dalam rayuannya sebelum itu merayu supaya hukuman ke atasnya diringankan atas faktor usia. Hukuman diputuskan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Amalina Zainal Mohktar.
No comments:
Post a Comment