Pages

Saturday, 19 January 2013

140 NGO termasuk BATAS & PEKIDA hadir perhimpunan bantah penggunaan kalimah Allah di Batu Caves

Gabungan NGO bantah Bible guna kalimah ALLAH
Isu kalimah Allah belum lagi nampak penghujung. Terbaru seramai 200 orang mewakili 140 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan aman bagi membantah penggunaan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu dan dikalangan orang bukan islam di hadapan Masjid Jamek Al-Amaniah Batu Caves.

Antara NGO yang hadir pada perhimpunan itu adalah
Angkatan Perpaduan Islam Sejagat Malaysia (API), Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (Pekida) dan Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas).
Menurut pengurusi gabungan Ngo daerah Gombak, Datuk Dr Rahman Ismail, "kami menentang sekeras-kerasnya penggunaan kalimah Allah di dalam Bible atau dimana-mana selain agama islam seperti mana titah Sultan Selangor dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan".

Sinar harian

No comments:

Post a Comment