Perkara yang dibangkitkan oleh waris Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah dari Malaysia adalah sangat tidak relevan kerana Sabah adalah sebuah negeri yang sah milik Malaysia melalui satu persetujuan oleh rakyat Sabah pada tahun 1962 bagi menyertai pembentukkan Malaysia.
Persetujuaan itu dilakukan oleh Perdana Menteri pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman menerusi penjanjian Cobbold bertujuan untuk memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak dan pada pada 17 Januari 1962 sebuah suruhanjaya yang akan meninjau pandangan
penduduk negeri-negeri tersebut telah diumumkan dan dikenali sebagai
Suruhanjaya Cobbold.
Disebalik pencerobohan yang berlaku di Sabah oleh pengikut Sultan Sulu dan marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada 8 anggota Polis yang terkorbandemi mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara. Antara anggota polis yang terkorban adalah daripada 69 Komando tetapi tahukah anda semua apakah 69 Komando. Nama 69 Komando adalah satu nama yang paling digeruni oleh pihak musuh, ia ditubuhkan pada tahun 1969 sebagai unit tempur khas bagi membanteras sebarang tindakan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya dan nama 69 komando itu sendiri diambil semperna tahun ia ditubuhkan.
Selepas hampir sebulan isu pencerobohan yang dilakukan oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya yang berkubu di Lahad datu sejak 9 februari lalu. Tanda-tanda mereka akan meninggalkan Sabah atau menyerah diri masih lagi belum dicapai sebaliknya mereka memaklumkan pendirian untuk kekal di Lahad Datu serta rela mati di sana. Menurut Portal Inquarer, Agbimuddin telah memaklumkan pendirian itu dalam satu mesej yang dihantar kepada abangnya Sultan Jamalul Kiram III pada jam 5 pagi semalam dan antara isi kandungan mesej tersebut adalah. "Selepas mengebumikan saudara kami sembilan orang dan seorang saudara
perempuan kami, setiap 224 daripada kami telah memutuskan untuk mati di
Lahad Datu dalam usaha mencapai impian dan aspirasi kami," kata beliau
dalam mesejnya.